Friday, June 4, 2010

Bodoh Punya Penyangak! Bini Orang Pun Nak Rogol ke? Bodoh!!

Assalamualaikum wbt :)

Haihhh sejak dua menjak nie asyik nak cerita pasal benda serius je kan. Memang kena serius. Macam-macam benda dah jadi sekarang nie. Semua kena amik port. Tabiat orang-orang kita nie cakap je lebih. Kalau cakap pasal sesatu benda punya la berapi-api, semangat tak pudar lah katanya kan. Cakap pasal rakyat Palestin la, cakap pasal rakyat Malaysia yang kena bedil la semua berapi-api. Cakap je tak guna bangg, buktikanlah. Apa yang kita boleh buat, solat hajat ke apa. Nie tak, kalau masjid buat solat hajat bukan tau nak pegi, dok melangok gak kat kedai kopi. Adesss... Alaa I pun dua kali lima heee. So marilah kawan kita jadi serius sikit. Dunia dah jadi porak peranda!

Nie pulak lagi satu benda, sekarang nie kalau pegi mana-mana ada je pak polisi. Celah sana polis, celah sini polis. Banyak benau kes-kes jenayah nie. Ish-ish-ish apa nak jadi dengan Malaysia nih. Kalau jalan kat bandar Muar tu memang kompem lah polis merata-rata. Nie dekat jalan sempit yg short cut ala-ala muat satu kereta je pun dah ada polis buat road block. Nie tak lain tak bukan dah aim penyangak lah nie. Aishh!

Haritu balik kampung, pun ada road block. Siap ada abang polis pegi nyorok balik tiang dekat simpang traffic light. Huhu kelakar pun ada. Kitorang yang kat simpang belah sini nampak lah si abang polis tuh. Tapi yang di balik sebelah sana memang tak nampak polis. Road block tu pulak beberapa meter je dari simpang tuh. So sesape yang nak lari patah balik tuh memang kompemmm tak sempat! Fadanmuka!! Tapi memang kelakar. Sementara dok tunggu traffic light tukar hijau tu kitorg dok perhati gelagat orang ngehngehngeh! Ada pakcik lori yang kelamkelibut pakai belt la, ada yang kelam kabut cari lesen lah (I lah tu hakhak!). Yang paling kelakar ada budak tu naik motor dua orang, yang tengah bawak tu takde lesen kot. Then belok-belok simpang tuh tetiba ada road block, kelam kabut tukar yang belakang pulak bawak. Tapi dia tak perasan yang abang polis dok belakang tiang tu dok perhati dia. Hakhak kelakar. Tu lah berani kerana benar.

Ok-ok! berbalik pulak kepada tajuk entry nih kan. Dah lama tak baca paper online tadi pagi. Saje je bukak. Then terbaca pulak pasal kisah nie! Tajuk Rogol depan suami, anak. Haihh bini orang pun kau nak sapu ke?!. Nak rompak tu rompak jelah! Bodohhhhhsss betul penyangak nie. Dah la datang negara orang, tak reti bersyukur orang dah bagi kau peluang dok sini suruh cari rezeki halal. Dah tu ko pegi menyangakk pulak bangang bodoh takde otak biol gilaaa tolol!! Pegi kojol lah kau!! Dah lah merompak, kau pegi rogol pulak bini orang tu. Hisshhh mana pegi perikemanusiaan kau haaaa. Cuba kau bayangkan kalau bini kau kena macam tu. Apa kau nak buat?!! Aku rasa kau pun buat tak tau jelahhh! Dah perangai kau pun macam iblis takkan kau nak kisah bini kau kena rogol.

Lepas tu boleh pulak buat aksi rogol tu macam pertunjukkan hebat kau. Eh memang bodohhh la sengal!! Kau pegi tunjuk aksi panas kau tuh dekat laki dia. Lagi malang kau tunjuk dekat anak dia. Eeeee aku memang geram gila lahhh! Bodoh! Bodoh! Bodoh!!!!!!!!!!!! Nasib baiklah jugak dia tak rogol anak tu uhuksss kalau tak lagi malang laa! Kau ingat tu circus ke, kalau kau nak pegi masuk zoo lahhh! Boleh tunjuk aksi kau telanjang ke bogel ke, ko nak tunjuk barang kau ke tu kau punya pasal. Konon-konon kau sedap ah sedangkan orang lain derita! Heyyy hotak letak kat bontot ke hape!! Tapi kalau kau buat show kat zoo pun haramsss takkan ada orang tengok! Yang nak tengok tu pun kompem bodoh jugakk!

Uwaaaa sedihnya.. Boleh tak korang imagine cemane la nasib family tu pasni. Trauma! Uwaaaaa I pun tak boleh imagine dah! Uhuksss kesian diorang. Sebab penyangak nie lahh dunia nie makin hancur! Berambussss lah kau dari sini! Jangan kau menyusahkan orang.  Kau nak buat porak peranda balik lah negara kau. Takut! Takut! Takut sangat dengan situasi sekarang nih. Macam-macam boleh jadi.



Ya Allah ya tuhanku kau peliharalah kesihatan dan keselamatan ibu bapaku, aku, adik-adikku, kaum keluargaku, rakan-rakanku dan seluruh umat Islam di dunia nie ya Allah.... Semoga kami semua dijauhi dengan segala mala petaka. Dan tabahkan lah hati kami menerima segala dugaanmu Ya Allah... Amin~

Takut (T_T)

Thursday, June 3, 2010

How to Pronounce 'Yahoo'

Nak tau tak cemane nak sebut 'Yahoo' untuk enjin carian Yahoo tu. Cuba bukak home page Yahoo and then click dekat tanda seru (!) kat belakang Yahoo tu. Nanti ada orang jerit 'Yahooooooooo hahahaha'. Kalau tak faham, tengok pic kat bawah nie.



oooooooo baru tauuuu... heeee... selamat mencuba! :)

Tuesday, June 1, 2010

Aksi Cikgu Terlampau!

 Amaran keras! : Dilarang baca untuk yang ada penyakit panas baran. Entry hot!

"KO INGAT MAK KO MENINGGAL KO BOLEH BUAT ALASAN TAK BUAT KEJE SEKOLAH?!! AKU DAH BOSAN DGN KESETANAN, KEBABIAN, KESIALAN, KEBETINAAN KO n bla bla bla!". 

HOT! HOT! HOT! Agak-agak nie kata-kata dari mulut siapa? Bahawasanya terimalah hakikat bahawa maki hamun tersebut adalah keluar dari mulut seorang cikgu yg agak 'berkakilebar' kpd studentnya. Dan ini adalah realiti dan bukan fantasi! Tak keterlaluan kalau kita label cikgu tu bermulut longkang lancang!

Kalau student bakar koperasi, student baling cat kat kereta cikgu, student calar kereta cikgu, bocorkan tayar, kurang ajar dengan cikgu, melawan, taknak pegi sekola, ponteng kelas, hisap rokok, hisap dadah dan sebagainya, selalunya kita salahkan student. Kalau mak bapak datang sekolah serang cikgu, saman cikgu sebab sebab cikgu marah atau pukul anak nanti cikgu-cikgu bising dan merungut, malah cikgu bangkang mak bapak datang sekolah. Siap ada yang halau mak bapak lagi. Cikgu kata mak bapak masuk campur. Orang nak didik anak tapi cikgu pulak disalahkan. Tapi sedar tak kita kadang-kadang, KADANG-KADANG ya SEMUA nie berpunca dari cikgu tu sendiri. Sedar tak semua? Buka mata buka minda buka akal KAWAL EMOSI! Ok jangan marah ya cikgu-cikgi semua. I tak kata semua cikgu. Tapi ada segelintir cikgu-cikgi yang 'berkakilebar' nie lah yang menyebabkan budak-budak nie memberontak! Macam cikgu kat atas tu lah.

Kalau dah budak tu dengan rela, ikhlas nak pegi sekolah nak belajar jadi pandai. Tapi pada hari tersebut terlewat hanya 15 minit sebab masalah tertentu tiba-tiba cikgu halau student tu balik rumah. Dah lah halau, kena maki lagi. Ada tak cikgu tu tanya elok-elok or siasat kenapa datang lambat? Tiba-tiba nak halau nak maki hamun. Entah-entah family dia susah, ada masalah dekat rumah, ayah sakit ke, motor honda cup ayah bocor ke, rumah yang dah nak runtuh tu tiba-tiba memang roboh ke. Ada cikgu tu tanya?? Menangis lah budak nie teresak-esak and moral down. Lepas tu dah taknak pegi sekolah. Salah sape?? Lagi-lagi budak yang mak dia baru meninggal tu. Dah lah semangat hilang mak meninggal, tiba-tiba ke harokkk dengan cikgu tu macam mana. Kalau anak cikgu tu sendiri or cikgu tu dulu time sekolah dalam situasi macam tu apa dia rasa? Ada otak guna otak lah, jangan letak kat kepala lutut.

Kita cakap student takde moral takde sivik, tapi cikgu macam tu ada moral ada sivik ke? Macam tak ikhlas jadi cikgu, macam mana pulak gaji yang dia dapat tiap bulan? Ok tu biar Allah yang tentukan.  Memang betul tak salah cikgu marah sebab cikgu pun manusia biasa, kesabaran cikgu ada batasnya.  Dan sememangnya tugas cikgu mendidik membimbing student. Yang salah dibetulkan, yang betul tu di'polish', dah polish gunakan sebaiknya jangan simpan nanti berhabuk. Tugas cikgu mendidik ya, Ya mendidik dan mengajar nampak seperti sama maknanya tapi berbeza ya. Cikgu-cikgi yg berkaliber mesti tahu apa bezanya. Tapi cikgu 'berkakilebar' mesti takkan faham! Tapi kalau marah sekalipun perlu ke maki macam tu?

 Gambar sekadar hiasan
Source : Google


Malah betul kan sebenarnya cikgu yang lulusan maktab institut perguruan or universiti memang diterapkan dengan cara mengawal emosi? Even kalau interview cikgu pun mesti akan sentuh berkaitan emosi. Tapi bila dah jadi cikgu, mana pegi tu semua? Dah ke laut kot. Hmmm walaupun sejahat, senakal, sebohsiaan mana sekalipun student tu dan betapa marah sekalipun cikgu tu, wajarkah dikeluarkan segala maki hamun sebegitu? A:Wajar B:Tak Wajar C:Pegi blahhh D:Whateverrr. Komen anda?

Cikgu yang berkaliber jangan marah about this entry, yang marah tu mesti yang 'berkakilebar'. Kalau dah cikgu kencing berdiri, kompemmm anak murid kencing berlari. Lepas tu cikgu dan anak murid berkejaran di taman or main lumba lari sape yang paling power. Pastu timbul pulak isu-isu lain yang berkejaran di taman tu bercanda di tepian pantai pulak. Erkk! Apa kaitan tu huhu ada kaitan sebenarnya. Renung-renungkan dan selamat beramal!


 Kadang-kadang rasa takut nak hantar anak pegi sekolah bila dah ada anak la nanti hehe. Belajar kat umah je boleh tak? :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

Blog Template by YummyLolly.com