Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

...selagi ada rindu...


...ahhhaaaaa....
assalamualaikum w.b.t.. eehhe

finallyyyyyyyyyyy terupdate jugeekkk!
hee..

ok guys! this entry is bout????
ok spt title tuuu.. SELAGI ADA RINDU... apekah??

oraiitt.. if korg kn.. kalo korg clash or kate lainnye PUTUS CINTA kn.. or frust menonggeng kn.. or ape2 laa.. ape yg korg wt ekk..

xkisah la sape salah sape btol..
yg bagusnye, xyah la menyalahkn mane2 pihak kn.. kite muhasabah diri kite.. msti ade jgk kesilapan dr diri kite sndiri. xyah la nk berdendam ke hape...

  • ape yg korg wt utk kembalikn semangat yg da down sgt smpai kt tanah 2, nasib bek xtenggelam?
  • ape korg wt utk korg xjd mcm org bodoh yg dok meratap?
  • ape yg korg wt supaye ex 2 x dok je dpan mate korg walau kt mane korg, walau ape yg korg wt? nak mkn ingat, nak berak ingat, nak tido ag la ingat. dok sesaje pn da cm org gilee.. tgk tibi, kt tibi pn ade muke die. nak mandi, berjam2 dok dlm toilet dok pk die je byk.
  • ape korg wt ek bile korg hopeless sgt rase pasni korg da xde sape? (xmasuk family n kwn2 la.. 2 mmg sntiase ado insyaallah) sbb slame nie korg cume harap die je utk jadi teman korg seumur idop..
  • ape korg wt utk korg lupekan ape plan korg yg korg da plan utk idop bsame ngn die..
  • n ape2 la yg korg rase bile korg da frust 2.. msti byk la korg pk kn...
sooo.. ape yg korg wat sbnrnye utk mengubat hati yg luka lara??? hancuss punah berkecaiii.......

  • adekah anda terhegeh2 merayu pd org yg xsudi?
  • adekah anda menangis sorg2 cm org gilerr.. siyesss cm org gile meroyan....
  • adekah anda g jumpe ex korg 2 n belasah die ckup2?
  • adekah anda dok mengaji n solat hanye mengingati Allah??
  • adekah anda dok ngadu kt org len?
  • adekah anda cium2 brg yg die penah bg kt anda?
  • adekah anda merokok balik setelah dlu time couple anda da bjanji xnk merokok lg?
adekah? adekah? adekah?
ape2 la yg korg wt.. byk kemungkinan yg korg bleh wt kn... contohnye...

tau tak??? saya dah setahun tapi masih rindu dan tak pernah rasa wanita lain boleh mewarnakan hidup saya seperti dia. hanya dia wanita yang aku sanggup cintai. walau seribu yang lain hadir dan memberi segalanya... namun cinta dan kasih tidak pernah padam. aku bersalah kerana melukakan hatinya. sesal itu sampai kini..

- solat tahajud di tengah malam
- solat taubat
- solat hajat
- yaasin
- zikir
- bacaan al-Quran..

menangis tu cara terbaik kita luahkan perasaan...tapi bagi sesetengah manusia lain, mereka akan pandang kita lemah...
:)...kerana kita semua berbeza....
haaa ni sesetengah org ckp cm2 la.. dipetik dr sebuah forum


tp adekah sampai anda melakukan seperti di bawah?????




astaghfirullahal'azim...... mntak dijauhkn ya allah..

anda tau apekah hukum bunuh diri???

Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)
ya! hukum bunuh diri tmasuk dlm ksalahan dosa2 besar, bunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan murtad (ramai yg paham cm2 kn), melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya so ketika 2 dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

so, sile la amik pengajaran ye! penat ibu melahirkan, parents bkorban demi membesarkn sorg anak. tp ble da bsar.. gini jadinye..

renung2kn dan selamat beramal!


ok bnde ni ofkos la de kaitan ngn yg idop ataupn tlah meninggal dunia. tp xde kaitan ngn diri ai ok even ade experience cinta kecundang ngeh3.. sesaje je bcoz my bro tnjukkan video iteeww.. nk tau tips putus cinta?? hehehehe next entry okep! see ya!

Thursday, September 3, 2009

...............


....janganlah mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga akan layu....

....cintailah die seperti air kerana air akan tetap mengalir selamanya......

Tuesday, September 1, 2009

♂ kenapa harus memilih ♀


haihh.......
nape harus memilih??
kenape perlu ade pilihan??

kan senang if tiap bnde xyah ade pilihan.
juz amik je.
xyah pilih2.
xyah pening2 kn.
xyah rase bsalah.
xyah menyakiti yg lain.

hmmmppphhh....
*pengsan*


mari istikharah!

Monday, August 3, 2009

Kasih Tak Sampai

belek punye belek laptop.. tetibe tjumpe lagu ni dlm folder.. huuu syahdunyee.. lalala~

layannnzzz~


Thursday, April 23, 2009

.akhir solat.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin

.....

.

.

.

.

.

.

notajari : hmmm..insyaallah..

Tuesday, April 21, 2009

saat ku mencintai~

hehehe..di saat kebizian study,,nk jgk jengok blog..hikksss..


INSYAALLAH.. aminnn~

hiksss..nk nyebok jgk tempek kt cni..zaman dolu2 mude2..heee~

notajari : ape jua yg tjadi ade hikmahnye..juz pcaye dgn janji allh..pasti akan blaku sesuatu yg lebih baik..allah da arrange yg tbaik dlm hidup kite..

Monday, April 13, 2009

tetap menanti

besh plak dgr lagu ni..
lirik die aduyaii~
power ahh..
layaannzzz~


Akma - Tetap Menanti


Malam yang dingin hatiku menangis

Tak siapa tahu apa yang terpendam

Sedih hatiku tanggung sendiri

Biarpun duka di sebalik suka


Namun hatiku akan tetap tabah

Memaksa diri untuk bersabar

Agar hidupku terus berubah

Jalani hidup dengan penuh redha


Doaku agar

Ada harapan lagi

Ingin kuterus bersamamu oh kekasih

Seandai punah di tengah jalan

Aku pasrah hadapi kehidupan


Perkenalan kita

Menimbulkan bibit cinta

Di antara dua jiwa yang setia

Walau jauh berasingan

Hati tetap menantimu

Akan kupastikan kita kan bersatu

Aku insan biasa yang ingin dicintai

Dan ingin mencintai

Oh kasih…

notajari : sob3~ hikksss..melayan perasaan..

Wednesday, April 8, 2009

ghaibmu

entah masihkah ada cinta
di hatiku untukmu
kapankah ku dapat membuka
hatiku untukmu
tak pernah ku bayangkan
cerita kita berakhir begini
tegarnya kau dustai semua
janji kita berdua
lagu ni pn beshh n sgt syahdu..aduyaiii~
lagu imran ajmain if im not mistaken

melawan kesepian

lagu ni menjadi bebelanku skg ni..hikhik..
layannzzzz~
apa pun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti
air mata tertahan
waktu untuk dijatuhkan
nanti kita akan tahu
betapa bijaknya hidup
seakhirnya dapat mendidik
pelajaran yang bererti
semoga kepergianmu
tak akan mengubah langkahku
semoga mampu ku lawan kesepianku....

Sunday, March 15, 2009

Andainya Cinta Itu Hendak Diberi


Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;


1.Kuat Pengamalan Agamanya

Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.


Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah


2. Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."

3. Tegas Mempertahankan Maruah

Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.


4. Amanah

Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.


6. Tidak Mengelingas Matanya

Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.


7. Terbatas Pergaulan

Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.


8. Siapakah Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.


9. Bertanggungjawab

Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya.


10. Tenang wajahnya

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.


* Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.

* Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.

Wednesday, March 11, 2009

what is luv???


luv is sooooooooo complicated..

Tuesday, March 3, 2009

bukan kupinta...


Tuesday, February 17, 2009

andai itu takdirnya..

andai itu takdirnya..
takdir aku..
walaupun begitu pahit utk ditelan..
kne telan jgk..
kalau mmg dah suratan..
telah tertulis di luh mahfudz takdirku begini..
terpakse kuterime ape adenye..
allah maha mengetahui..
tiap-tiap sesuatu yg berlaku pasti ade sebabnye,ade hikmahnya..
allah ingin menguji..
tp ya allah,sesungguhnye ia begitu sukar bagiku..
amat berat bagiku..
kerna aku tidak begitu kuat,tidak begitu tabah..
hanya panduan darimu ya allah,dpt kuteruskan kehidupan..
ya allah..kau tabahkan hatiku,kau kuatkan semangatku..
agar aku dapat menempuhi segala dugaanmu ini..
bantulah hambamu ya allah..
amin~
i have to be stronger..
thanx to those who r always supporting me..
luv u all..

Sunday, February 15, 2009

only if u knoww~~



only if u know.......

how much i luv u..
how much i mish u..
how much i care about u..
how much i need u..


n kalau sumenye kamu sntiase tau yg sy selalu setia n xpenah menduakan kamu..
kalau memang kamu tau selama ni sy cume tunggu kamu..
sy cume mengharapkan kamu..
xpenah ade yg lain di hati sy selain kamu..
betapa sy menghargai kehadiran kamu dlm hidup sy..
betapa sy cube sedaya upaya utk jd yg terbaik utk kamu..
betapa sy berusaha utk jage hati kamu..
betapa sy berusaha utk tidak mengecewakan kamu..
betapa sy sgt berusaha untuk menjaga hubungan kite..
n kalau la kamu sgt2 tau yg kamu adelah antara yg sgt penting dlm hidup sy selain family n kawan2 sy..

sy tau kamu telah berusaha utk membahagiakan sy dan menjage hati sy..

n sy nk kamu tau sy juga sentiase berusaha sedaya upaya utk selalu melakukan yg terbaik demi utk membahagiakan kamu..


tp sy cuma manusia biase yg hanya mampu berusaha.jika selama ini sy byk melakukan kesilapan,byk menyakitikamu,menyusahkan kamu..dan segala mcm beban sy pd kamu..
sy memohon maaf berjuta2 lemon kerana masih tak dapat melakukan yg terbaik utk kamu..


but juz trust me,im always trying to be the best..
im juz not perfect..



im so sorry..
juz wanna let u know..
I LUV U SO MUCH..
n REALLY NEED U..
andai itu takdirnye..
sy terime seadanya..
moge allah tabahkan hati sy dalam menempuhi segale dugaannye..


hmmm..nape ku ternangis plak ni..


Thursday, February 5, 2009

:: CINTA BERUBAH ::

i sgt tertarik ngn kata2 linda onn dlm blognye, di mana die bg ckit nasihat pd psgn mawi-ekin time mjlis pkahwinan diorg..

linda said:

"Hati manusia berubah,fikiran,jiwa dan naluri berubah. Cinta pun boleh berubah. Tapi kalau cinta u all berdua berubah..berpegang teguhlah pada sumpah dan janji. Hati dan cinta mungkin pudar tetapi janji tetap janji..."

btul jgk kn..kalo da mase bcinta bagai nk rak bjanji, n mase nikah pn bjanji.janji tetap janji.janji mst ditepati.salah satu tanda2 org munafik adela MEMUNGKIRI JANJI.
tp kalo da mmg xleh nk selamatkn cane kn..hmmm..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

Blog Template by YummyLolly.com