oooooooo baru tauuuu... heeee... selamat mencuba! :)
Thursday, June 3, 2010
How to Pronounce 'Yahoo'
Tuesday, April 13, 2010
Serangan Influenza A (H1N1)
- Sebuah rumah kediaman di Taman Johor, Johor Bharu, melibatkan 3 sekeluarga yang telah dimasukkan ke hospital.
- Satu rumah kediaman di Gelang Patah, Johor Bharu, melibatkan 3 adik-beradik yang telah dimasukkan ke hospital.
- Penjara Penor, Kuantan melibatkan 21 orang (20 banduan, 1 kakitangan). Kesemua banduan telah diberi rawatan dan ditempatkan di bilik-bilik isolasi dan diawasi oleh pasukan perubatan penjara serta diasingkan daripada banduan yang lain. Kakitangan penjara telah diberi rawatan pesakit luar.
- Sebuah rumah kediaman di Taman Bemban Utama, Jasin, melibatkan 2 orang adik-beradik yang dirawat di hospital, di mana seorang telah didapati positif H1N1 dan telah didiscaj.
Yang menjadi masalah kerajaan adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat. So silalah anda sedar diri dengan sendiri sebelum terlambat :)
Saturday, January 23, 2010
KEMANGKATAN SULTAN JOHOR
JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.
Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.
Source : Utusan Malaysia
AL-FATIHAH untuk Almarhum Baginda
suram. sayu.muram.durja
Friday, January 22, 2010
Hepatitis Injection
so today, i pegi amik injection for hipetitis B wif my sister. my mom da amik dulu da aritu. my sis n i lambat coz tunggu dia balik la. kitorang dapat free ok. bcoz nowadays kebanyakan hospital kerajaan dia ada subsidi untuk their staff n also for their family members. so my mom keja pejabat kesihatan, so ada la chance kitorang dapat injection free. kalau tak, kena bayar ok.
hepatitis injection ada 3 dose, n td kitorang amik yg final dose la which means kitorang da abis ketiga-tiga dose. huhuhu alhamdulillah selamat. bukan apa, takut seyyhh time nak kena cucuk tu uhu.ok lupa nak cakap hepatitis nie adalah untuk your liver protecton ye.
source : googledulu time study kat ukm, ukm pon ada buat promotion la untuk dapatkan dose tu, dapat diskaun which is if im not mistaken, 1 dose = RM 60. so 3 dose = RM 180. hakhak my classmate majority pegi amik la, tapi disebabkan selalu kehausan duet, i tak amik la hehehe. syukur jugak finally sekarang dapat free hekhek. nak yang free jugakkk kann.. hakhak.
actually course2 kesihatan or senang kata healthcare workers la memang digalakkan amik injection nie coz weolls (weolls kah? hehehe) adelah golongan berisiko tinggi dgn kata lain high risk la kan (erk apekah ayat aku?? hakhak.) ok ignore. thats why our lecturer dulu suggest weoll g amik injection nie for prevention la. mana la tau kan jadi apa2, eksiden ke ngan patient.. but not only that, sometimes dengan orang yang rapat ngan kita pon boleh menjangkitkan penyakitnya huhu. contohnya bagi pasangan suami isteri yang melakukan seks tanpa protection. maksud protection tu paham ke? hakhak. maksudnya yang buat seks tak pakai kondom la. aiyoo.. ataupun penyakit tu boleh transfer dari mommy to the baby during delivery.
tapi kat malaysia nie, manusia hehe manusia ye yang lahir lepas tahun 1990 sahaja yang da already dapat injection nie, if im not mistaken masa baby dapat immunisation tetiap bulan tu kan dia da diinjek sekali ngan vaksin hepatisis nie. so orang yang lahir sebelum 1990 sila ke hospital berdekatan untuk dapatkan vaksin tersebut ye. alaa duit apelah sangat kalau nak dibandingkan dengan kesihatan sepanjang hayat korang. nak ke kena kanser hati??
source : googlekorang jangan imagine sakit tu macham sakit gastrik pulak hakhak. sakit sikit je time dia nak masuk jarum. rasa sakit coz ubat yang dia masukkan banyak sikit, xmacham injection biasa. tapi malam nanti i bet, mesti sengal je tangan or demam. get ready ;)
Monday, January 11, 2010
pecaye x kata2 tu adela magic??
so anda sila lah pecaye!! berhati-hati dengan setiap butir perkataan yang kita ucapkan ok!
smile ^-^
Sunday, October 11, 2009
Tabiat Merokok, Kesan & Akibat

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.
Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)
2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)
3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
NO SMOKING!!
Khidmat pesanan ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Friday, September 4, 2009
tarian poco2 HARAM??
READ THIS 1st
From Teha Wahab
Original message from Miss Haibara:
> > Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco.
> > Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini
> > "Assalammualaikum.
> > Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
> > Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina buk anny a dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk SALIB.
> > Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.
> > cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."
> > Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
> > Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
> > Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
> > WALLAHUALAM. ...
> > Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
BETOL KE??
oke. me myself pn not so sure about that la. but kte sbg org islam i think spatutnye amik lgkah bjage2 la.. if can, try elakkan..
bnde ni ai tbace dlm facebook cikgu nieee.. encik alie rostam hehehe.. bukan ketua mnteri melake ye! ngeh3
uppss alamakk! kt skola ari2 da la ai dipakse utk handle poco2 uwaaa~
astaghfirullahal'azim...
Tuesday, August 11, 2009
ANJING BERIMAN????
try k cek this blog http://www.mykittun.com/
Moral of the story : jika menuntut ilmu biarlah berguru..
Wednesday, August 5, 2009
Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat.
Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Friday, May 15, 2009
kes pertama selsema babi di malaysia
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit pertama di Malaysia merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 13 Mei lalu.
Beliau berkata, pesakit tersebut mengalami demam, sakit tekak, sakit badan pada semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.
``Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,'' katanya dalam kenyataan di laman web rasmi Kementerian Kesihatan. - Utusan
Tuesday, February 10, 2009
some info for STROKE
Strok/Angin Ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.
Faktor risiko penyumbang kepada Strok/Angin Ahmar yang tidak boleh dikawal adalah:
Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat Strok/Angin Ahmar lebih tinggi.
Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap Strok/Angin Ahmar atau Angin Ahmar Ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
Tekanan Darah Tinggi (sila rujuk penyakit HYPERTENSION)
Kencing manis (sila rujuk DIABETES MELLITUS)
Paras kolesterol tinggi (sila rujuk HYPERCHOLESTRONEMIA)
Merokok
Berat badan yang berlebihan
Cara hidup tidak aktif (sedentari)
Tekanan/stress
Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
Bagaimana saya tahu yang saya diserang Strok/Angin Ahmar?
Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala Strok/Angin Ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami Strok/Angin Ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.
Gejala Stroke/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
Sukar menelan
Apakah jenis-jenis Strok/Angin Ahmar?
Terdapat 2 jenis Strok/Angin Ahmar utama:
-Thrombotic/ischaemic stroke
Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.

-Haemorrhagic stroke
Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah

Seseorang yang disahkan mendapat Strok/Angin Ahmar perlu :
Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang telah rosak
Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
Nasihat amalan pemakanan sihat
Faktor risiko yang menyumbang Strok/Angin Ahmar boleh dikurangkan seperti :
Kawal tekanan darah
Kawal tahap Kolesterol
Kawal penyakit Diabetes
Amalkan cara pemakanan sihat
Berhenti merokok
Kerap bersenam
Menangani tekanan mental
Kurangkan pengambilan minuman keras
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit Strok/Angin Ahmar
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.


Whatever u give a woman, she will make it greater. Give her sperm, she will give u a baby. Give her a house, she will give u a home. Give her groceries, she will give u a meal. Give her a smile n she will give u her heart. She multiplies and enlarges what she is given. So if u give her crap, be ready to receive a ton of shit...