Tuesday, April 13, 2010

Serangan Influenza A (H1N1)

Salam my dear readers.

sepertinya dah berkulat blog ni akibat ditinggalkan tanpa penjagaan rapi. tapi baru je make up kan dia bukan dengan MAC atau KRYOLAN tapi dengan template baru hihihi. template lama yg pink-grey polka dot tu memang tampak comel, tapi lama-kelamaan seperti sangat kusam, dull and yang sewaktu dengannya. dan juga seperti lambat sangat mau load aiyokk.

ok kembali ke pangkal jalan yang lurus lagi benar, dont belok-belok lalu selekoh sikit-sikit je tehee I janji! ya janji! :D

nak tanya nie.. korang amik port tak pasal GELOMBANG KE-2 H1N1?? Semestinya I sangat pasti ada di kalangan korang nie memang tak amik tau langsung kan.. memang camtu. sebab sepanjang I study dulu n pegi praktikal kat Pejabat Kesihatan Muar, yang menjadi masalah utama untuk membendung penyakit or specific nya dalam entry nie, penyakit berjangkit adalah untuk menyedarkan masyarakat kita nie. Tu lah isu yang paling payah sekali.

Kalau tak percaya, tgk la kes demam denggi yang tak putus-putus. padahal dah banyak kempen yang kerajaan jalankan. Tapi oleh sebab ketiadaan kesedaran dalam masyarakat betapa bahayanya penyakit tu, macam mana berlaku jangkitan dan their prevention sebab tu la kes demam denggi adaaaa je.. Sama jugak macam H1N1. Oleh kerana benda nie tak penah berlaku lagi kat orang yg rapat ngan korang, so korang pun tak amik port. Ok kalau korang nak tau, skang nie maklumat terkini H1N1 adelah seperti di bawah:

Sehingga jam 8.00 pagi pada 12 April 2010, Kementerian telah menerima sejumlah empat (4) laporan kejadian kluster ILI daripada tiga (3) buah negeri seperti berikut:
1. Johor (2)
  • Sebuah rumah kediaman di Taman Johor, Johor Bharu, melibatkan 3 sekeluarga yang telah dimasukkan ke hospital.
  • Satu rumah kediaman di Gelang Patah, Johor Bharu, melibatkan 3 adik-beradik yang telah dimasukkan ke hospital.
2. Pahang (1)    
  • Penjara Penor, Kuantan melibatkan 21 orang (20 banduan, 1 kakitangan). Kesemua banduan telah diberi rawatan dan ditempatkan di bilik-bilik isolasi dan diawasi oleh pasukan perubatan penjara serta diasingkan daripada banduan yang lain. Kakitangan penjara telah diberi rawatan pesakit luar.  
3. Melaka (1)
  • Sebuah rumah  kediaman di Taman Bemban Utama, Jasin, melibatkan 2 orang adik-beradik yang dirawat di hospital, di mana  seorang telah didapati positif H1N1 dan telah didiscaj.
Keputusan ujian makmal bagi  kluster-kluster di Johor dan Pahang masih belum diterima.

Sehingga  jam 8.30 malam, 11 April 2010, jumlah terkumpul kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 677 kes. Daripada jumlah tersebut, 58 kes (8.6%) telah disahkan positif H1N1 manakala empat (4) kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada laporan kematian yang diterima semalam. 

Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan bahawa penularan jangkitan Influenza A(H1N1) terus aktif di dalam komuniti terutamanya di tempat yang sesak.  Oleh itu, masyarakat diminta agar  terus sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal dan tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan Influenza A(H1N1) yang telah diumumkan sebelum ini.
 
Kementerian Kesihatan juga menggalakkan mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti ibu hamil serta menghidap penyakit seperti diabetes, asma, buah pinggang, jantung dan lain-lain supaya segera mendapatkan suntikan vaksin H1N1 di fasiliti kesihatan yang berhampiran. Pemberian vaksin ini adalah percuma tetapi terhad dan berdasarkan kepada prinsip ‘siapa cepat, dia dapat’. Senarai 104 buah fasiliti kesihatan di seluruh negara yang memberikan perkhidmatan ini boleh diperolehi di laman sesawang http://h1n1.moh.gov.my


 Maklumat lanjut, Click banner ye :)

So, jgn la malu pakai mask kat tempat sesak bila mana org lain tak pakai mask. yang penting anda selamat. sentiasa bawa sanitizer ke mana-mana pun. jika perlu, amik vaksin specially to those yang selalu travel. kalau tak sihat, cepat-cepat dapatkan rawatan.

Yang menjadi masalah kerajaan adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat. So silalah anda sedar diri dengan sendiri sebelum terlambat :)


3 loves:

Centado said...

wahhh
melaka juga sudah ada

Miss Ekin said...

yup da ade. tp nie bberapa ari yg lalu. kne update ngn website 2 smule :)

cerita dewasa said...

Keep up the good work!
Thanks for sharing.
cerita dewasa / cerita 17 tahun / cerita panas
cerita sex / cerita abg / cerita bokep / gambar bokep
abg hot / gambar hot / cerita horny / cerita hot

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

Blog Template by YummyLolly.com