Friday, June 4, 2010

Bodoh Punya Penyangak! Bini Orang Pun Nak Rogol ke? Bodoh!!

Assalamualaikum wbt :)

Haihhh sejak dua menjak nie asyik nak cerita pasal benda serius je kan. Memang kena serius. Macam-macam benda dah jadi sekarang nie. Semua kena amik port. Tabiat orang-orang kita nie cakap je lebih. Kalau cakap pasal sesatu benda punya la berapi-api, semangat tak pudar lah katanya kan. Cakap pasal rakyat Palestin la, cakap pasal rakyat Malaysia yang kena bedil la semua berapi-api. Cakap je tak guna bangg, buktikanlah. Apa yang kita boleh buat, solat hajat ke apa. Nie tak, kalau masjid buat solat hajat bukan tau nak pegi, dok melangok gak kat kedai kopi. Adesss... Alaa I pun dua kali lima heee. So marilah kawan kita jadi serius sikit. Dunia dah jadi porak peranda!

Nie pulak lagi satu benda, sekarang nie kalau pegi mana-mana ada je pak polisi. Celah sana polis, celah sini polis. Banyak benau kes-kes jenayah nie. Ish-ish-ish apa nak jadi dengan Malaysia nih. Kalau jalan kat bandar Muar tu memang kompem lah polis merata-rata. Nie dekat jalan sempit yg short cut ala-ala muat satu kereta je pun dah ada polis buat road block. Nie tak lain tak bukan dah aim penyangak lah nie. Aishh!

Haritu balik kampung, pun ada road block. Siap ada abang polis pegi nyorok balik tiang dekat simpang traffic light. Huhu kelakar pun ada. Kitorang yang kat simpang belah sini nampak lah si abang polis tuh. Tapi yang di balik sebelah sana memang tak nampak polis. Road block tu pulak beberapa meter je dari simpang tuh. So sesape yang nak lari patah balik tuh memang kompemmm tak sempat! Fadanmuka!! Tapi memang kelakar. Sementara dok tunggu traffic light tukar hijau tu kitorg dok perhati gelagat orang ngehngehngeh! Ada pakcik lori yang kelamkelibut pakai belt la, ada yang kelam kabut cari lesen lah (I lah tu hakhak!). Yang paling kelakar ada budak tu naik motor dua orang, yang tengah bawak tu takde lesen kot. Then belok-belok simpang tuh tetiba ada road block, kelam kabut tukar yang belakang pulak bawak. Tapi dia tak perasan yang abang polis dok belakang tiang tu dok perhati dia. Hakhak kelakar. Tu lah berani kerana benar.

Ok-ok! berbalik pulak kepada tajuk entry nih kan. Dah lama tak baca paper online tadi pagi. Saje je bukak. Then terbaca pulak pasal kisah nie! Tajuk Rogol depan suami, anak. Haihh bini orang pun kau nak sapu ke?!. Nak rompak tu rompak jelah! Bodohhhhhsss betul penyangak nie. Dah la datang negara orang, tak reti bersyukur orang dah bagi kau peluang dok sini suruh cari rezeki halal. Dah tu ko pegi menyangakk pulak bangang bodoh takde otak biol gilaaa tolol!! Pegi kojol lah kau!! Dah lah merompak, kau pegi rogol pulak bini orang tu. Hisshhh mana pegi perikemanusiaan kau haaaa. Cuba kau bayangkan kalau bini kau kena macam tu. Apa kau nak buat?!! Aku rasa kau pun buat tak tau jelahhh! Dah perangai kau pun macam iblis takkan kau nak kisah bini kau kena rogol.

Lepas tu boleh pulak buat aksi rogol tu macam pertunjukkan hebat kau. Eh memang bodohhh la sengal!! Kau pegi tunjuk aksi panas kau tuh dekat laki dia. Lagi malang kau tunjuk dekat anak dia. Eeeee aku memang geram gila lahhh! Bodoh! Bodoh! Bodoh!!!!!!!!!!!! Nasib baiklah jugak dia tak rogol anak tu uhuksss kalau tak lagi malang laa! Kau ingat tu circus ke, kalau kau nak pegi masuk zoo lahhh! Boleh tunjuk aksi kau telanjang ke bogel ke, ko nak tunjuk barang kau ke tu kau punya pasal. Konon-konon kau sedap ah sedangkan orang lain derita! Heyyy hotak letak kat bontot ke hape!! Tapi kalau kau buat show kat zoo pun haramsss takkan ada orang tengok! Yang nak tengok tu pun kompem bodoh jugakk!

Uwaaaa sedihnya.. Boleh tak korang imagine cemane la nasib family tu pasni. Trauma! Uwaaaaa I pun tak boleh imagine dah! Uhuksss kesian diorang. Sebab penyangak nie lahh dunia nie makin hancur! Berambussss lah kau dari sini! Jangan kau menyusahkan orang.  Kau nak buat porak peranda balik lah negara kau. Takut! Takut! Takut sangat dengan situasi sekarang nih. Macam-macam boleh jadi.



Ya Allah ya tuhanku kau peliharalah kesihatan dan keselamatan ibu bapaku, aku, adik-adikku, kaum keluargaku, rakan-rakanku dan seluruh umat Islam di dunia nie ya Allah.... Semoga kami semua dijauhi dengan segala mala petaka. Dan tabahkan lah hati kami menerima segala dugaanmu Ya Allah... Amin~

Takut (T_T)

Thursday, June 3, 2010

How to Pronounce 'Yahoo'

Nak tau tak cemane nak sebut 'Yahoo' untuk enjin carian Yahoo tu. Cuba bukak home page Yahoo and then click dekat tanda seru (!) kat belakang Yahoo tu. Nanti ada orang jerit 'Yahooooooooo hahahaha'. Kalau tak faham, tengok pic kat bawah nie.



oooooooo baru tauuuu... heeee... selamat mencuba! :)

Tuesday, June 1, 2010

Aksi Cikgu Terlampau!

 Amaran keras! : Dilarang baca untuk yang ada penyakit panas baran. Entry hot!

"KO INGAT MAK KO MENINGGAL KO BOLEH BUAT ALASAN TAK BUAT KEJE SEKOLAH?!! AKU DAH BOSAN DGN KESETANAN, KEBABIAN, KESIALAN, KEBETINAAN KO n bla bla bla!". 

HOT! HOT! HOT! Agak-agak nie kata-kata dari mulut siapa? Bahawasanya terimalah hakikat bahawa maki hamun tersebut adalah keluar dari mulut seorang cikgu yg agak 'berkakilebar' kpd studentnya. Dan ini adalah realiti dan bukan fantasi! Tak keterlaluan kalau kita label cikgu tu bermulut longkang lancang!

Kalau student bakar koperasi, student baling cat kat kereta cikgu, student calar kereta cikgu, bocorkan tayar, kurang ajar dengan cikgu, melawan, taknak pegi sekola, ponteng kelas, hisap rokok, hisap dadah dan sebagainya, selalunya kita salahkan student. Kalau mak bapak datang sekolah serang cikgu, saman cikgu sebab sebab cikgu marah atau pukul anak nanti cikgu-cikgu bising dan merungut, malah cikgu bangkang mak bapak datang sekolah. Siap ada yang halau mak bapak lagi. Cikgu kata mak bapak masuk campur. Orang nak didik anak tapi cikgu pulak disalahkan. Tapi sedar tak kita kadang-kadang, KADANG-KADANG ya SEMUA nie berpunca dari cikgu tu sendiri. Sedar tak semua? Buka mata buka minda buka akal KAWAL EMOSI! Ok jangan marah ya cikgu-cikgi semua. I tak kata semua cikgu. Tapi ada segelintir cikgu-cikgi yang 'berkakilebar' nie lah yang menyebabkan budak-budak nie memberontak! Macam cikgu kat atas tu lah.

Kalau dah budak tu dengan rela, ikhlas nak pegi sekolah nak belajar jadi pandai. Tapi pada hari tersebut terlewat hanya 15 minit sebab masalah tertentu tiba-tiba cikgu halau student tu balik rumah. Dah lah halau, kena maki lagi. Ada tak cikgu tu tanya elok-elok or siasat kenapa datang lambat? Tiba-tiba nak halau nak maki hamun. Entah-entah family dia susah, ada masalah dekat rumah, ayah sakit ke, motor honda cup ayah bocor ke, rumah yang dah nak runtuh tu tiba-tiba memang roboh ke. Ada cikgu tu tanya?? Menangis lah budak nie teresak-esak and moral down. Lepas tu dah taknak pegi sekolah. Salah sape?? Lagi-lagi budak yang mak dia baru meninggal tu. Dah lah semangat hilang mak meninggal, tiba-tiba ke harokkk dengan cikgu tu macam mana. Kalau anak cikgu tu sendiri or cikgu tu dulu time sekolah dalam situasi macam tu apa dia rasa? Ada otak guna otak lah, jangan letak kat kepala lutut.

Kita cakap student takde moral takde sivik, tapi cikgu macam tu ada moral ada sivik ke? Macam tak ikhlas jadi cikgu, macam mana pulak gaji yang dia dapat tiap bulan? Ok tu biar Allah yang tentukan.  Memang betul tak salah cikgu marah sebab cikgu pun manusia biasa, kesabaran cikgu ada batasnya.  Dan sememangnya tugas cikgu mendidik membimbing student. Yang salah dibetulkan, yang betul tu di'polish', dah polish gunakan sebaiknya jangan simpan nanti berhabuk. Tugas cikgu mendidik ya, Ya mendidik dan mengajar nampak seperti sama maknanya tapi berbeza ya. Cikgu-cikgi yg berkaliber mesti tahu apa bezanya. Tapi cikgu 'berkakilebar' mesti takkan faham! Tapi kalau marah sekalipun perlu ke maki macam tu?

 Gambar sekadar hiasan
Source : Google


Malah betul kan sebenarnya cikgu yang lulusan maktab institut perguruan or universiti memang diterapkan dengan cara mengawal emosi? Even kalau interview cikgu pun mesti akan sentuh berkaitan emosi. Tapi bila dah jadi cikgu, mana pegi tu semua? Dah ke laut kot. Hmmm walaupun sejahat, senakal, sebohsiaan mana sekalipun student tu dan betapa marah sekalipun cikgu tu, wajarkah dikeluarkan segala maki hamun sebegitu? A:Wajar B:Tak Wajar C:Pegi blahhh D:Whateverrr. Komen anda?

Cikgu yang berkaliber jangan marah about this entry, yang marah tu mesti yang 'berkakilebar'. Kalau dah cikgu kencing berdiri, kompemmm anak murid kencing berlari. Lepas tu cikgu dan anak murid berkejaran di taman or main lumba lari sape yang paling power. Pastu timbul pulak isu-isu lain yang berkejaran di taman tu bercanda di tepian pantai pulak. Erkk! Apa kaitan tu huhu ada kaitan sebenarnya. Renung-renungkan dan selamat beramal!


 Kadang-kadang rasa takut nak hantar anak pegi sekolah bila dah ada anak la nanti hehe. Belajar kat umah je boleh tak? :)

Thursday, May 13, 2010

Menang Giveaway Noir Jewelry-Pearl Set yeppiieeee!!

wooottt wooottt! Nak update nie, meh tengok jap meh! haritu I ada join Giveaway yang dianjurkan oleh Noir Jewelry. Dah berkurun okehh i join tapi kemalasan tahap dewa nak update wawawaaa...

Memang simple gilerrrss syarat giveaway tu. So i saja-saja join. Konon-konon untuk tambah-tambah entry je. Almaklum laaaa memang dasarrrr pemalas nak update belog. hahah.

So nak dijadikan cerita, si pemalasupdatebelog nie biarkan jela belog kite bersawang. Memang dah lama gilerr tak jengok pun. Tiba-tiba dupdapdupdap terasa nak jenguk pulak. Jeng-jeng-jeng tengok-tengok kat chatbox ada mesej from Noir Jewelry. Dengan tanpa kesabaran and penuh kerakusan beta terus buka blog Noir Jewelry. Wahhhhh konon-konon terkejut. Tapi memang terkejut pun. Ngeh3 tengok-tengok list pemenang i menang ghupenyeeee...




Tak tau la rezeki kan. Sebenarnya Noir Jewelry nak bagi satu je hadiah utama. Dah nama rezeki cemane ntah Noir Jewelry nak bagi satu lagi hadiah utama. So hadia utama yang kedua adalah jatuh pada mybelog! yayyyyyy! gumbira! hahahah. Da lama teringin nak beli set pearl tu. sekali dapat free daaaa.. yes yes yes!! alhamdulillah :)

Pearl Set nie complete okay! necklace, gelang tangan, cincin, earing, brooch berantai tu. best! best! Tengok-tengok cincin and gelang dia macam besar sangat. heheh. Rezeki mama lah, dengan ikhlas I bagi pearl set nie kat mak sempena Hari Ibu. ngeh3.. Tapi kadang-kadang I pinjam jap hakhak!

Ok kalau korang nak beli pearl set macam ini ke, accessories macam brooch ke, macam-macam ada di NOir Jewelry. Pegi la tengok-tengok kalau ada yang berkenan. Harga sangat-sangat-sangat berpatutan. Boleh beli borong jugak tau.

So, thanks sangat-sangat Noir Jewelry. Really appreciate that!

Tuesday, April 13, 2010

Serangan Influenza A (H1N1)

Salam my dear readers.

sepertinya dah berkulat blog ni akibat ditinggalkan tanpa penjagaan rapi. tapi baru je make up kan dia bukan dengan MAC atau KRYOLAN tapi dengan template baru hihihi. template lama yg pink-grey polka dot tu memang tampak comel, tapi lama-kelamaan seperti sangat kusam, dull and yang sewaktu dengannya. dan juga seperti lambat sangat mau load aiyokk.

ok kembali ke pangkal jalan yang lurus lagi benar, dont belok-belok lalu selekoh sikit-sikit je tehee I janji! ya janji! :D

nak tanya nie.. korang amik port tak pasal GELOMBANG KE-2 H1N1?? Semestinya I sangat pasti ada di kalangan korang nie memang tak amik tau langsung kan.. memang camtu. sebab sepanjang I study dulu n pegi praktikal kat Pejabat Kesihatan Muar, yang menjadi masalah utama untuk membendung penyakit or specific nya dalam entry nie, penyakit berjangkit adalah untuk menyedarkan masyarakat kita nie. Tu lah isu yang paling payah sekali.

Kalau tak percaya, tgk la kes demam denggi yang tak putus-putus. padahal dah banyak kempen yang kerajaan jalankan. Tapi oleh sebab ketiadaan kesedaran dalam masyarakat betapa bahayanya penyakit tu, macam mana berlaku jangkitan dan their prevention sebab tu la kes demam denggi adaaaa je.. Sama jugak macam H1N1. Oleh kerana benda nie tak penah berlaku lagi kat orang yg rapat ngan korang, so korang pun tak amik port. Ok kalau korang nak tau, skang nie maklumat terkini H1N1 adelah seperti di bawah:

Sehingga jam 8.00 pagi pada 12 April 2010, Kementerian telah menerima sejumlah empat (4) laporan kejadian kluster ILI daripada tiga (3) buah negeri seperti berikut:
1. Johor (2)
  • Sebuah rumah kediaman di Taman Johor, Johor Bharu, melibatkan 3 sekeluarga yang telah dimasukkan ke hospital.
  • Satu rumah kediaman di Gelang Patah, Johor Bharu, melibatkan 3 adik-beradik yang telah dimasukkan ke hospital.
2. Pahang (1)    
  • Penjara Penor, Kuantan melibatkan 21 orang (20 banduan, 1 kakitangan). Kesemua banduan telah diberi rawatan dan ditempatkan di bilik-bilik isolasi dan diawasi oleh pasukan perubatan penjara serta diasingkan daripada banduan yang lain. Kakitangan penjara telah diberi rawatan pesakit luar.  
3. Melaka (1)
  • Sebuah rumah  kediaman di Taman Bemban Utama, Jasin, melibatkan 2 orang adik-beradik yang dirawat di hospital, di mana  seorang telah didapati positif H1N1 dan telah didiscaj.
Keputusan ujian makmal bagi  kluster-kluster di Johor dan Pahang masih belum diterima.

Sehingga  jam 8.30 malam, 11 April 2010, jumlah terkumpul kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 677 kes. Daripada jumlah tersebut, 58 kes (8.6%) telah disahkan positif H1N1 manakala empat (4) kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada laporan kematian yang diterima semalam. 

Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan bahawa penularan jangkitan Influenza A(H1N1) terus aktif di dalam komuniti terutamanya di tempat yang sesak.  Oleh itu, masyarakat diminta agar  terus sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal dan tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan Influenza A(H1N1) yang telah diumumkan sebelum ini.
 
Kementerian Kesihatan juga menggalakkan mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti ibu hamil serta menghidap penyakit seperti diabetes, asma, buah pinggang, jantung dan lain-lain supaya segera mendapatkan suntikan vaksin H1N1 di fasiliti kesihatan yang berhampiran. Pemberian vaksin ini adalah percuma tetapi terhad dan berdasarkan kepada prinsip ‘siapa cepat, dia dapat’. Senarai 104 buah fasiliti kesihatan di seluruh negara yang memberikan perkhidmatan ini boleh diperolehi di laman sesawang http://h1n1.moh.gov.my


 Maklumat lanjut, Click banner ye :)

So, jgn la malu pakai mask kat tempat sesak bila mana org lain tak pakai mask. yang penting anda selamat. sentiasa bawa sanitizer ke mana-mana pun. jika perlu, amik vaksin specially to those yang selalu travel. kalau tak sihat, cepat-cepat dapatkan rawatan.

Yang menjadi masalah kerajaan adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat. So silalah anda sedar diri dengan sendiri sebelum terlambat :)


Sunday, February 21, 2010

Baby Dancing to Beyonce




huhu tomey betol :)

Friday, February 19, 2010

Wierd Baby Laugh



so cute la dis lil baby.. uhuu

Monday, February 8, 2010

Dulu lain sekarang lain...

semalam macam biasa jalan2 lari2 marathon jenguk belog orang. sampai masa tengok belog Zack Zuhairi nie. semalam dia cerita pasal kawen part 2. n dalam part kawen, ada cerita dulu lain sekarang lain. yela zaman dolu2 keadaannya lain kerjasama begitu erat, sekarang semua da lain semua main order catering je kann.. tapi kat muo nie kan kuat lagi tau gotong-royong umah orang kawen nie.. orang jawa kata rewang ehehe. eja sikit! R.E.W.A.N.G.. bunyi rewang!

ok cerita pasal dolu lain sekarang lain nie, kebetulan semalam tengah duduk2 1 family borak2 sembang2 sambil minum kopi ngan makan mee siput, kira supper la nie erk kehkehkeh... tetiba abah pun sentuh pasal dulu lain sekarang lain nie.. wawawa.... sebab dia tengok tv kot apa ek berita agaknya, nyayuk sikit la aku nih haha lupa da..

bebudak skang ngan budak dulu kan lain... dulu kalau jalan depan orang tua, tunduk bukan main, xmo nampak muka kalau boleh.... skang kalau boleh tegak je jalan nak lurus, mintak lalu pun takde. dibaginya bontot ada! (ok! yang part bontot tu aku yang tambah wakaka).. dulu kalau cakap ngan orang tua, bukan main lembut, nak nyampuk nak lawan pun tak berani. kalau lawan memang kena panggg jadi biol jap. tapi budak skang bukan geti paham bahasa. n bla.. bla.. blaa..

macam tu la abah bebel. aku dengar je la.. kang kata aku nyampuk pulak ahaha. tak berani la mana tau abah sindir aku haa makan cili laaa... tapi mintak2 dijauhkan laa kan.. kan.. kann...

cite pasal dulu lain sekarang lain nie.. memang da beza kan.. meh kita tengok beberapa situasi yang penah aku lalui la sepanjang berpuluh taun aku idop nih ekeke ceehhh belum begitu tua ok! sebenarnya situasi masa aku jadi cikgu jap arituu... haha.

**********************************************************************

Situasi 1

Da abis masa, kelas tamat. Loceng bunyi.

Ok, stand up! TQ class.....

TQ teacher!
ehh teacher.. teacher.. teacher... nak salam!

ok time nie semua kerumun aku untuk bersalaman ehe. ok bagus anak2 semua beratur nak salam huhuhu yang laki depan yang pompuan belakang (ape la korang tak gentleman langsung la, sepatutnya ladies first la yangg kekeke). then yang da salam dok tepi tengok yang lain salam. pastu budak2 laki yang da salam tadi datang balik n terjah aku.

Teacher!!! nak salam lagi....

n perkara sama berulang sebanyak sekali lagi. maknanya 3 kali la depa salam aku dalam satu2 masa. n tiap 1 kali salaman tu diorang cium tangan aku berkali-kali. so sila darabkan ye! contohnya tiap 1 salaman diorang cium tangan 3 kali paling minimum! 3 x 3 = 9 setiap 1 sesi kelas aku. baru budak darjah satu! belum lagi darjah lain!

bila aku lari nak kuar kelas semua ikut kuar kelas. adesss... tiap2 ari camtu kalau masuk year 1 nye kelas. sampai satu ari, tetiba perasaan gembira menjadi sangat annoying haha nape diorang buat camtu. uwaaa sangat tensen.. akhirnya aku gagahkan jua untuk bertanya...

Haihh kamu nie nape suka nak salam teacher banyak2 kali nie. pegi masuk kelas cepat!!

ececehh bajet garang je, padahal sume tak takut aku cesss! makin dia tenung-tenung aku. mentang2 muka aku sumil ala2 keibuan. ok sila la muntah kalau nak muntah ekeke. nak tau diorang jawab apa!

Sebab tangan teacher wangi! suka sangat!

ok mekaseyyy bagi cikgu jawapan yang reasonable! tesengih2 aku jalan nak balik bilik guru, n perasaan xsabau nak cium tangan sendiri kahkahakah...
duduk n rilek dulu, pandang kiri pandang kanan ok clear! annndd kishh tangan sendirik kahkahkah.. errmmm memang wangi lah hehek. bau sanitizer dettol tu rupanyaa ceehhh.. memang wangi pun. tapi time tu memang sanitizer jadi kawan baik aku, sebab H1N1. takut gak bebudak tu dok salam salam rupanya pembawak penyakit tu huhu.

******************************************************************

Situasi 2

Kena ganti kelas, cikgu meeting.. masuk kelas year 3..Aku suh diorang buat kerja English la ofkos. Kelas senyap 5minit pertama je. seterusnya..... budak2 dok kerumun kat meja aku..

eh eh nie nape sume kat sini. pegi buat keja cepat! duduk! duduk!

semua tak bganjak dari tempat dirian masing-masing sambil menongkat dagu di atas meja guru sambil juga merenung n menenung aku!

heyyy nie nape sume dok ginie nie.. pegi sambung buat keje cepat! kalau tak, tak boley balik.

semua buat tak tau...

ok aku duduk n tenung diorang balik.

nie nape semua dok pandang cikgu macam tuuu...

sebab cikgu cantik! cantik sangat! nape cikgu cantik! cikgu da kawen ke belum! mesti anak cikgu comel kann.. cikgu, cikgu terus la ajar kat sini....

wowowowowooo mereka jawab sepertinya aku tanya soalan ok how to spell book class! bersahut-sahutan antara satu sama lain. bole imagine kah anda? haihh laa budak budak.. akhirnya aku blush*blush la ape lagi, sambil sengih-sengih ekeke... tak mampu nak layan diorang nie.. lantak korang leee.. ok pegi siapkan keje!!

****************************************************************

Situasi 3

Time jalan g kantin ngan 2 orang cikgu praktikum dari IPPMM (eh betul ke nie alaa yang maktab perempuan melaka tuu ehe)

maka datang la sekumpulan bebudak, buat-buat lalu sebelah aku then tetibe peluk aku dengan penuh manja n kasih sayang.... haihh...

****************************************************************

Situasi 4

Loceng naik rehat baru bunyi. masih kat kantin, pasni kena masuk year 1, kelas english. sekali bebudak year 1 jerit dari koridor..

Teacher! teacher! cepat! ijal da berak dalam seluar! cepat teacher....

Hoowaaaa biar betull.. takkan aku yang nak kena cuci taik dia, takkan nak kena cebokkan bontot diaaa.. uuwaaa tidaakkk!! sambil merungut-rungut dalam hati! ehehe. nasib baik cikgu kelas dia, merangkap sedare aku jugak le dengar jugak jeritan mereka.kekeke dia tolong le setel bebudak tu sementara aku g amik buku. huhu. sekali aku masuk kelas, takde pun budak berak dalam suar.. ceehhhh diorang nie saje nak propah tau ala2 azwan ali gituu... cissss.. lega sikit haha...

***************************************************************

Situasi 5

Hok nie bukan situasi aku le. nie kawan aku nye la. dia baru dapat posting awal taun aritu, dapat kat mersing... tadi dia cite camni....

mokhsin,ape jadi ngn kening kamu??

saya gunting kening saya mlm tadi teacher...

ape???awak gunting kening???ayah ngn mak kamu xmarah kamu ker kamu gunting kening kamu sampai jd mcm ni???

ayah saya ckp, saya mcm setan teacher..klau ilang satu kening, ayah ckp mcm setan...if ilang dua2 kening, da mmg setan da...

ish3 geleng kepala kawan aku tu.. huhu. fyi, bapak budak nie seorang guru besar sekolah agama hakhak :))

*******************************************************************

haaa kenapa aku letak situasi2 masa aku ngajar aritu? sebab time tu la aku sangat perasan or perasaan yang dulu lain sekarang lagi la lain.... ko imagine la cara bebudak sekarang nie.. sangat berani ok! boleh kurang ajar ngan cikgu, boleh peluk2 cikgu, boleh gurau2 ngan cikgu tanpa tau batasnya.. boleh cium2 cikgu, ngurat2 cikgu! aku dulu pergghhh takut gilerrr ngan cikgu. kalau jumpa cikgu bukan main sopan ayu buat muka innocent lagi, bagi salam n senyum jela yang berani. siap cikgu pun boleh malu nak tengok aku huuweekkk!! silap2 aku boleh lari kalau jumpa cikgu. maklum la aku tak la segelemer mana masa zaman sekolah kahkahkah low rofile katakan.. tapi maintain babe! hikhik.




my sifu - teacher sarimah.

kekeke..

year 1.. ade lagi. mls nak upload :)

panjang lagi nak cite. kalau letak semua sampai esok tak abis.. tp udah la.. bukan korang bace kan kan kann.. saje nak luahan perasaan

panjang kan entry nie? sape nak bace, bace.. tamo bace boley blahh! :)
peace no war... :)))

Sunday, February 7, 2010

Cinta Seorang Lelaki

Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya. Cantik betul. Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari jemarinya patah, tapi takut jari jemari kami tidak boleh saling membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambutnya, cantik betul. So saya belikanlah dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan!!! Yelah aurat kan salah satu perjuangan utama yang diperjuangkan syaitan. Jadi saya mahu rambutnya sentiasa ditutup. Takut nanti dibakar dek api neraka di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta.

Saya selalu gak tengok body teman wanita saya.. Solid betul! Jadi saya belikanlah dia telekung supaya masa bertemu dengan kekasih dia yang utama, dia jauh lebih cantik dan berseri menghadapnya. Saya pun tumpang dapat pahala. ALHAMDULILLAH...

Saya sedih sangat bila tengok dia selalu pesan macam-macam, makan minum, jaga diri elok-elok.. Nanti awak sakit saya juga yang susah! Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas zohor dan asar, dia tidak kata satu apa pun.. Terpaksalah saya yang ajak. Aduh sedihnya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mau jumpa dia, dan cinta dia secinta-cintanya, cinta yang Abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat. Berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya...



jom kita sama renung-renungkan dan selamat beramal! :)

"Bulan Cinta" Giveaway

this is sticky mode entry. scroll down for latest entry!



hadiah agak lumayan okiess hehe. nak tau hadiah dia??

1. Tempat pertama : Produk dermalogica conditioning body wash, stress relief treatment oil, body hydrating cream & the ultimate buffing glove worth RM150

2. Tempat kedua : Shawl dari Aisyahscarf worth RM13

3. Tempat ketiga : Felt yang akan dijahitkan nama anda worth RM10.

wooww memang besh kann...


camne nak join?

1. Sila menjadi follower kepada suzikhai & aisyahscarf. (done!)

2. Copy & Paste banner di atas. (done!)

3. Sila sticky mode untuk 2 hari di blog anda. (done!)

4. Siapakah referral anda. ok i tau ada giveaway nie dari blog BAINA.. (done!)

5. Sila hantarkan permalink anda di ruangan komen. (done!)


simple jek kan.. sile la join....

Giveaway ini akan berakhir pada 28 February 2010 ye.
Pemenang akan dikira berdasarkan undi.





Thursday, February 4, 2010

Perogol seret masuk teksi


KUALA LUMPUR: Seorang gadis berusia 17 tahun bagaikan berada ‘di neraka’ apabila menempuh pengalaman menakutkan lebih lima jam ketika diculik dan diperkosa seorang lelaki yang dipercayai bersekongkol dengan pemandu teksi, kelmarin. Lelaki berhati binatang berusia lewat 20-an itu juga menghisap syabu lebih tiga jam dalam sebuah bilik hotel murah yang disewa sambil disaksikan mangsa bagi mendapatkan rasa ghairah sebelum memperkosa pekerja kilang berkenaan.

Sumber dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, kejadian bermula kira-kira jam 8 malam ketika gadis itu menunggu abangnya di hadapan pusat beli-belah Kotaraya di sini.
Difahamkan, abang mangsa ketika itu menaiki bas dari Ipoh, Perak, untuk menemui gadis itu yang bekerja di Klang.

“Ketika menunggu, gadis itu dihampiri sebuah teksi sebelum seorang penumpang lelaki meluru keluar sambil memarahi dan menuduh dia mencuri telefon bimbit milik abangnya.

“Mangsa yang terpinga-pinga diseret lelaki terbabit masuk ke dalam teksi berkenaan yang cuba memerangkap mangsa dengan lakonan itu,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit memberi alasan ingin membawa gadis itu ke balai polis bagi menyelesaikan kes curi terbabit. Mangsa yang yakin tidak bersalah bersetuju mengikut lelaki terbabit ke balai polis bagi menyelesaikan kes itu.

“Pemandu teksi yang disyaki bersubahat dengan lelaki terbabit turut menakut-nakutkan mangsa dengan mendakwa gadis itu penumpang terakhirnya ketika telefon bimbit berkenaan hilang dari kenderaan itu.

“Tuduhan tidak berasas pemandu teksi terbabit menyebabkan gadis itu mula tidak sedap hati. Dia memberitahu tidak pernah melihat atau menaiki teksi berkenaan kerana menggunakan bas ketika datang dari Klang,” katanya. Menurutnya, lelaki terbabit yang menyedari gadis itu ketakutan memberitahu dia tak sampai hati menyerahkan mangsa kepada polis, sebaliknya menyuruh pemandu teksi menurunkan mereka di depan sebuah hotel di Jalan Haji Taib di sini.

“Dia memberi alasan kononnya mahu menunggu abangnya datang bagi menyelesaikan masalah terbabit secara baik sebelum memaksa gadis itu memasuki sebuah bilik yang disewa di hotel murah itu.

“Ketika berada dalam bilik hotel itu, lelaki terbabit mula menunjukkan taringnya apabila menghisap syabu sambil mengugut mangsa supaya tidak meninggalkan bilik tanpa kebenarannya,” katanya.

Menurutnya, ugutan itu menyebabkan mangsa mula ketakutan terutama dia diugut akan dipukul dengan batang besi oleh suspek yang khayal hampir tiga jam.

“Kerana takut dipukul, gadis itu hanya menangis. Penjenayah terbabit yang dalam pengaruh dadah kemudian merogol mangsa beberapa kali,”’ katanya.

Menurutnya, selepas puas memperkosa mangsa, lelaki terbabit membawa mangsa keluar dari bilik hotel itu sebelum dihantar semula di hadapan pusat beli-belah berkenaan dengan menaiki teksi lain. Lebih malang, apabila lelaki itu turut merampas telefon bimbit dan wang tunai RM30 miliknya.

“Mangsa menghubungi telefon bimbit abangnya menggunakan telefon awam sebelum dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk membuat aduan,” katanya.

Menurutnya, mangsa diambil keterangan sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Source : Harian Metro

hmm macam-macam skang nie. memang i benci pemandu teksi KL! walaupun tak semua jahat tapi kerana nila setitik, rosak susu 1 periuk! hmm.. nasib baik tak penah kena pape time dok KL dulu.. tapi penah jumpa macam-macam ragam pemandu teksi. haisshhh........

Monday, February 1, 2010

Friendship Contest

jom join Friendship contest lak! yang ni dianjurkan oleh Cik Mar kite ye ehe.

ok lets go thru apakah syarat2 nak join nie!
  • gambar mestilah gambar korang dgn mmber2 korang.xkesah la brpe org pun tp jgn r smpai 1clas plak...hehe (nnti dh mcm classmate contest plak) - DONE!
  • paling penting msti original ok,jgn copy kt tenet plak....klu nk edit2 pun suke ati la tp msti menampakkn "FRIENDSHIP" tu. -DONE!
  • hah!!! lg 1 plz la letak banner kt atas ni ye kt blog korang,bleh mempopularkan cik mar&kwn2 !!!hahaha (sengal je bunyi) xtually tuk meramaikn blogger tuk join,senang ckit nmpk. -DONE!
  • pastu klu nk follow blog cik mar ni, follow la.tiada paksaan ok. tuk memudahkan korang tau keputusan & persaingannye nnti better r follow,senang nk tau any progress about this contest. -DONE!
  • jz 1 picture je kay,kang terlalu rambang mata cik mar tuk memilih...hehehe -DONE!
hehehe tu aje syarat-syaratnyaaa.. simple jek kan.. uhu kebetulan memang tengah kerinduan teman-teman. pic yang dipertaruhkannn.....







ok taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...




pic ni di amik time final year.. da nak abis da time tu, so kitorang plan g eenjoy jalan-jalan la before bepisah isk-isk-isk.. so we decided jalan-jalan kt cameron jek. but sangat-sangat enjoyyy!! sweetest moment! dalam 3/4 classmates yang join.. rinduuu diorang. tapi takley letak yang ada pic sume, kang disqualified pulak contest nih ehek!

yang penting, pic nie menunjukkan kasih sayang antara kami ehehe nak bodek tuan kedai nie ekeke. i adalah yang pakai handbag yg mencapub ituu ye ehe handbag kuning.. mereka syg sy n sy sayan mereka sob-sob-sob sedihh tsk!

orait thats all! tQ tuan kedai... :))

tarikh tutup contest : 12 FEBRUARI 2010
sempat ag nak join nie. jom2 ehe

Noir Jewelry Giveaway...

ok nie ada lagi satu giveaway ehe from Noir Jewelry ye.



perrghh tergoda tak tengok benda alah atas nih. sape tak tergoda sudahh!! haha. okies camne nak join nie....

1)JADI FOLLOWER NOIR JEWELRY
2)BUAT ENTRY TENTANG GIVEAWAY NOIR JEWELRY DALAM BLOG ANDA
3)ADD NOIR JEWELRY DALAM BLOG LIST ANDA
4)TINGGALKAN KOMEN DAN LINK BLOG & EMAIL ANDA

JOM JOIN...BOLEHLA MELARAM DGN SET RANTAI BARU NANTI


TARIKH GIVEAWAY 26 JANUARI - 26 FEBRUARI 2010

ok apa ada kat Noir Jewelry nie? macam-macam adaaa.. kalau sesape suka ngan jewelsssss sila la jenguk2 k. gelang kristal ada, rantai mutiara ada, brooch cumil2 ada, sesape nak buat accessories sendiri boleh beli barang-barang kat sini. yang paling best, ada set macam kt dalam pic atas tu. n murah jek! boleh beli borong jugak tau! best gilerr huhu tak caya ke? untuk kepuasan hati, sila la terjah sendiri yek. :))

mekaseyyy tuan umah ;pp
sy nak! sy nak! sy nak!
haha boleh ke gitu cesss.. hehe

de' Alya Collections Giveaway...

miahaha memang malas gilerr nak update belog ahaha. tapi skang nie tengah mood join contest orang kahkakah.. bukannya kerana ku haus atau sangap dengan hadiah-hadiahnya.. tapi tak tau laa, rasa cam best jek ekeke. tapi kalau menang dapat hadiah lagi bagus ye dak! sape yang taknak hakhak. kalah menang adat pertandingan... yang penting dapat meramaikan geng-geng bloggers kan kan kann.. ehe. meh meh i nak ajak korang join nie.. memang senang gilerrr uollsss.. simple jek. nak tau apa yang korang kena buat? meh meh i tunjuk.



~nak wat entry takper,takmau buat pun takper
~follow dan add link blog ni kat blog anda (untuk memudahkan anda tahu perkembangan giveaway ni)
~tinggalkan komen di entry ni supaya saya tahu siapa yg turut serta
~kalo buat entry kat blog jgn lupa tinggalkan link yer

haaa cane? senang tak? simple jek kan.. meh join ramai-ramai.. tak join pun takpe hahah i boleh bolot sorang kakahkah.. joking... jangan marah tuan rumah...

ok tarikh tutup dia adalah 28 Februari 2010 bersamaan hari Ahad tepat jam 11.00 pagi. sape lambat, reject terus! wakaka.. n hadianya, shawl belang2 macam dalam pic atas tuuu.. santek kann eehe. ok2 time kasih tuan rumah, sy join ye! ehek :))

sila kelik SINI utk join!


tape jgn kabut. lama lagi boleh join lagi ;ppp

Ikan Kembung Panggang Berkuah

i dah update resepi.

IKAN KEMBUNG PANGGANG BERKUAH.

boleh la.. asek menu yang sama, ikan yang sama kan..

so google2 jumpa resepi nie. tukar selera sikit kan..

so kelik SINI

selamat mencuba! ^^

Sunday, January 31, 2010

Happy birthday to me!

ehe da nak tamat 31/01 aiiyooo memang terasa tua dah nie. tak boleh jadi. da boleh kawen nie hakhakk. btw, thanks for all the wishes! sangat terharu uhu. siyess da masuk 24 nie rasa da tua waaaaa... taun depan da 25 uwaaa memang tua wuwuwuw..

n semoga pasni kehidupanku sentiasa diberkati. n semoga pasni semua yang berlaku akan baik-baik belaka! insyaallah semoga semua yg i impikan pun jadi kenyataan.. aminnnnn~

tQ sume yg wish!

Thursday, January 28, 2010

UNDER CONSTRUCTION!

my blog is under construction!
segala kesulitan amat dikesali..

terima kasih atas kunjungan anda :)))

Wednesday, January 27, 2010

PETUA MENJAGA KECANTIKAN


oke. i nak join lagi contest hikhik! gilerr tamak kan sume nak join. lantak la, suka ati i hakhak. contest nie da lama jumpa, tapi last day baru nak buat entry nie kan.. memang ngek ekeke. kelam kabut buat. haa padan ngn muka sendiri. ;pppp

ok contest nie dianjurkan oleh cik Ardini Humaira .. hehe mintak2 sempat lagi la hekhek.



so before that, meh kita tengok syarat-syarat penyertaan :

⑴ wajib mengenai kecantikan. Tak kisahlah petua tradisional, moden, purba, atau apa-apa asalkan xbahayakan orang & logik. Petua seperti rendam muka dalam mangkuk tandas xkan dilayan! ;p

⑵ buat entry penyertaan contest ini. Ceritakan secara kreatif petua kecantikan yang korang tahu/ amalkan/ terjumpa kat memana. Ingat,mesti logik ya.Tak kisah nk wat karangan
@ bentuk gambar ke xjadi poblem. Asal kreatif. Dah buat entry tu, u ols leave comment di entry contest saya ni mengenai link penyertaan blog u ol supaya saya dan juri boleh merayau ke blog u ol :-) diulangi, leave diblog saya, ya. Kalau nak letak di blog eny dan zie pun boleh tapi u ol maksure ltak juga diblog saya sebab 4 orang juri bersama saya.

⑶ jantina tak jadi masalah. Warganegara Malaysia dan ada blog. Tiada had umur. Hanya 1 penyertaan dari 1 blog diterima :) jangan tamak, oi...

⑷ wajib jadi follower blog
DINI dan ENY . Copy gambar diatas dan letak di entry penyertaan serta link kan pada contest ni ye

⑸ kalau ada petua yang sama, contoh petua blog a, b, c sama..tak jadi masalah sebab kreativiti anda dinilai. Jangan risau.

⑹ contest ini di adili oleh 6juri. 4 juri dalaman dan 2juri dikalangan bloggers iaitu

ENY dan

ZIE ^_* kami akan naik air asia kelas vip untuk melawat blog kalian dan membuat pengadilan

Itu je syaratnya ;-)


so.. meh kita start ehh.. ok petua yang i nak share ngan korang nie adalah berasaskan telur. ehek TELUR ok. telur ayam. bukan telur lain-lain lalalala~

macam-macam kita boleh buat dengan telur kan. telur rebus, telur goreng. tapi telur bukan aje boleh buat makan. tapi boleh digunakan sebagai masker. JIMAT dan SELAMAT kan kan kann... rasanya petua nie dah ramai orang buat tapi kena tahan jela geli tak geli nak tepek telur yang hanyir tu kat muka kaann..

ok2 tamo bebel jela-jela, meh la kita start (lagi tadi ag kata nak start tapi tak start2 pun kan hakhak). ok firstly, meh la kita tengok-tengok jengah-jengah bahan-bahan yang kita perlukan ehh....

bahan utama yang paling penting ofkos la telur. dalam sebiji or dua biji la. ikut besar mana muka korang hakhak. kalo korang tepek tebal-tebal banyak la telurnya. tapi amik PUTUH TELUR sahaja! tauuu... kalo amik kuning skali pas korang tepek-tepek tu sila la goreng uweekk... blurpp!

ok pastu korang sediakan la cotton pads ye. tak kira la bentuk 4 segi ke, bulat ke, tiga segi ke, sfera ke. tak kisah! janji nama dia cotton pads! bukan kotex pad hakhak. kalo korang nak guna pun ok jugak, takde masalah lalala. segala kesan sampingan menggunakan kotex pad sila tanggung sendiri muahaha ;pppp


ok jom buat step by step!

1. pecahkan telur, amik putih telur sahaja! ok putih je, kuning buat goreng suda. masuk dalam piring ke mangkuk ke periuk ke suka ati korang, takkan nak kena bitau jugak aisehh..

2. pastu korang amik cotton pads tadi. kalau rasa cotton pads tu macam tebal sangat, korang jadikan dia nipis la ehe maksudnya korang bahagi dua. boleh imagine tak haha. bukan koyakkan jd bentuk segiempat tepat. maksudnya yang tebal tadi korang bagi dua untuk nipis. ishh cane nak explain, pandai2 korang ahh hakhak. tapi kalau takyah koyak pun takpe ok.

3. then, amik tiga jari. haa amik?? cane amik tiga jari. aku ketuk kalau korang tanya eh. maksudnya gunakan jari telunjuk, jari hantu n jari manis korang la untuk tangan kanan n kiri. kalau takde jari suh la sape2 pinjamkan jap jari. kalau korang nak guna 10 jari pun boleh, tapi cam gelojoh n selekeh je. but its up to u la. then celupkan jari tadi dalam putih telur. pastu korang tepek-tepek sikit kat mana korang nak start.

ok contohnya korang nak start kat dahi. tepekkan dekat dahi la. paham?? kena tepek setempat-setempat dulu. kalau tepek sume sekali nanti telur tu kering tak guna la.

4. bila da tepek sikit kat dahi, korang amik cotton pad tadi, korang tempek la pulak dekat tempat yang korang da tepekkan telur tadi. so nanti cotton pad tu melekat kan.

5. pastu, sila tepek-tepekkan lagi telur tadi dekat atas cotton pad yg da tertempek tu. sampai keseluruhan cotton pad td tu berbasahan dengan tempekkan telur ya! jangan banyak-banyak sangat tempek telur tu, kesudahan nanti korang menyesal hakahk. ala kadar jela, asalkan setiap permukaan cotton pad tadi basah dengan telur ya.

tapi macam biasa la, area sekitar mata takyah tempek ehh. mulut pun takyah le ko nak tempek. sesape yang rasa gileerr je sila tempek kat lobang idong hakhak!

6. ok next! sila ulang semua step-step diatas sampaiii la keseluruhan muka telah tertempek. specially buat n kalau boleh lebihkan sikit dekat area yang banyak blackhead n white head contohnya dekat T-zone lah!

7. then da jadi mumia kan... haaa korang baring leee.. tido je hakhak setengah jam ke. agak-agak memang da kering, korang suh le sesape kejut. then haaa korang tarik dia kepingan masker tadi. dia memang akan jadi seperti topeng la ofkos, namanya pun masker. tarik slow-slow tau. kalau laju-laju memang melecet le kulit korang. haa sesape yang tempek banyak sangat telur tu haa ko rasakan la time nak tarik tu seksa ke seksi. kehkehkeh...

8. da siap cabut masker tu, cuba korang tengok apa yang ada kt cotton pad korang da cabut tadi. eeee mesti geli eeyaarrkss.. tercabut segala whitehead blackhead korang cehhh weekkk.. geli weehhh.. tapi selalunya memang tak semua akan tanggal. mesti ada yang da degil berkurun berumah kat kulit korang tu. ok i geli, tamo imagine isk-isk-isk!

9. final step! sila la cuci muka. kalo korang nak bau hanyir tidur sampai pagi silakan....

ok siap lah! korang akan rasa muka beshhh jek. bersih jekk.

tuhh tadi cara natural kan. then i ada nak share la satu cara lagi. dulu start je akil baligh ehehe memang berebut-rebut jerawat nak kuar. hampehh jerawat! buruk muka aku. nasib baik girl school hakhak tak jumpa pakwe-pakwe. n i baik ok, anak mak, tak main pakwe2 kehkehkeh sila percaya! sampai la masuk matrik, masuk ukm 1st year memang teruk muka i. macam2 kaedah tradisional sume da try, guna serbuk kulit kayu manis la, asam jawa la. n ada petua orang tua2, tepekkan darah haid korang tu kat muka. eyaarrkksss!! TAK HINGIN aku nak cuba even darah tu kuar dari rahimsendiri weekk wek wekkk.

so masuk 2nd year, i cam terpengaruh ngan produk NATASYA tau. n tak lama guna, macam da ada perubahan tau. mula-mula jerawat baru dah tak tumbuh, jerawat lama kecut. n then pastu memang jerawat tak tumbuh da. seriuss! tapi kena pakai 1 set lah, sabun, toner, krim siang n krim malam. mahal sikit tapi berbaloi baloii! n ada jugak antie n kawan-kawan yang cuba alhamdulillah berkesan! tapi i da stop, cuba produk lain pulak. bukan tak bagus, tapi i memang suka tukar-tukar produk hakhak. adik i baru cuba dalam dua bulan nie, ramai tegur kulit dia licin n makin cerah. nie yang rasa nak pakai balik nie.

tapi depends la jugak kulit masing-masing. ada yang da biasa pakai, bila tak pakai tmuh biji-biji halus. tak tau la. i suggest je. tak cuba tak tau. kalau takut nak cuba takyah cuba!

waaahh nie boleh jadi duta natasya nih hakhak. ok stop sini dulu. da panjang berjela nampaknya. kang tak larat judges nak baca hehehe. bagi la i markah kesian ehh hehehe :)

ok daaaa.. thanks penganjur! harap2 layak la join nie ekeeke!

nasib baik sempat join ehe. arini last. cepat2 sape nak join huhu ;pp


..dekat bau belacan, jauh bau cheese...

erk! ade ke peribahasa tu hakhak! ala serupa jek ngan peribahasa orang tua2 'dekat bau taik, jauh bau wangi'. lebih kurang la tu. belacan tu bau tak sedap tapi ramai orang suka makan, cheese pulak bau sedap n ramai orang suka makan.

muahahha berbelit2. lantak lah apa interpretasi korang. erk betol ke eja mende alah nie hekhek. nape wujudnya peribahasa rekaan sendiri tu. baru je cite pasal bahasa jiwa bangsa kahkhakah. saja nak mewarna-warnikan bahasa muahahaha. jangan ada budak sekola amik peribahasa nie sudah. udahnye semua cikgu-cikgu BM serang i hekhek. ampuunnnn cikgu!

ok sebenarnya,, ada la seorang manusia nie haha dia kata dia amat jeles dengan talian hayat kami adik beradik. ok before that, im the eldest of 5 siblings. i have 2 younger sisters and 2 younger brothers. kehkehkeh cam buat ayat budak tingkatan satu. saje jek! specially dia jeleskan keakraban kami 3 dara nie laaa.. cam sangat rapat. memang kitorang rapat pon.. tapi hakikatnya, cam peribahasa tadi tuuu dekat bau belacan, jauh bau cheese hekhek..

time semua ada kat umah, ada jeee benda nak argue. tapi skang da besaq2 nie takde la sangat, tapi ada la jugak kadang-kadang muahahaha. dulu time kecik-kecik, gaduh sampai tarik-tarik rambut pun ada haha. last2 i yang kena cili ngan mak wawawawaaa~

tapi time semua berpisah, sorang study sana, sorang study sini sorang lagi stidooo time tu la pulak rindu-rinduan konon..

bila ko nak balik..

ko balik bila..

balik laaa.. takde kawan nak gaduh nie.. hakhak.

tapi hakikatnya, macam mana pun air dicincang takkan putus ye dak? yang penting dengan berkat sifat tolak ansur masing-masing insyaallah.. n sifat mengalah tu penting jugak. tapi cisss tak aci, asek i je kena mengalah hakhak!

tak kisah la.. ingat pesan mak, dengan adik beradik jangan terlalu berkira, jangan selalu ungkit2 insyaallah bahagia selamanya... hekhek amin~




i nak tengok apa hadiah diorang nak bagi i nanti. jeng3.... hakhak
nie kira berkira ngan adik beradik ke? muahahaha

Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

i nak join lagi satu contest nih. saja suka-suka kan.. tengah boring-boring nih jalan-jalan jumpa pulak contest nih. simple gileee contest nih. xsusah pun..

jom joinnnn!!

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/


Saya tahu pertandingan ini dari blog http://elienz87.blogspot.com

ok tarih tutup contest nie :
31/01/10 pukul 11.59pm

meh join meh, sempat lagi nie....

letakkan referrer korang tu sebagai i la ye! ekeke



Ikan Siakap Masak Stim

Last weekend i ada buat ikan siakap masak stim...

asek buat ikan siakap sweet sour jek.

saje try buat resepi lain pulak.

before this, i macam tak berani nak cuba masak stim nie.

kalau tengok pun agak x berselera nak makan kan hakhak. macam pucat jek rupa ikan tu kan..

kalau makan kat luar pun tak penah order yang masak stim kahkahkah..

macam mana entah, last week tergerak hati nak buat.

lagipun time tu my nenek duduk umah i sementara waktu, so dia tak boleh makan pedas-pedas.

then apalagi, tu yang nak try buat stim pulak.

sekali dah try, perrghhh memang mavelesss lah!!

kebetulan haritu my mom beli sekor je ikan tu. selalunya beli dua. perghh memang tak cukup huhuhu.

so kalau korang nak cuba, check it out!!

kelik HERE

source : google

memang maveles lahh! cuba jangan tak cuba! ^^

Tuesday, January 26, 2010

arini aiii dapat gajiiiii lagi!!!

lalalalallala ♪♫♪♪♫♪♫♪♪♫....

yayy yayy!!

lunch our mak call..

mak : long duit baki topup semalam ada lagi kan..
me : ada lagi mak. tadi kan orang suruh mak amik dalam beg orang.

mak : haa takpe lahh.. amik la duet tu..

me : eh nape pulak mak.. tak payah laa..

mak : alaa amik je laa.. mak bagi jee...


berlaku adegan bersama dialog tolak menolak ehe..

mak : amik je.. mak bagi je buat-buat keja umah sume tu...
me : hmmm ok la camtu. mekasih mak...

hekhekhek. ok walaupun berlaku adegan taknak duit mak bagi, tapi mak da bagi amik jelahh hikhik. walaupun tak banyak mana. tapi boleh la beli-beli jajan ke. beli makeup pun cukup nih hakhak. shawl pun boleh muahaha. mekaceeyy mak. sayang mak. ehe. i anak yang baik ok. sila percaya. hakhak. i tak pernah mintak pun, i buat semua dengan ikhlas. tapi mak dah bagi nak buat macam mana kan muahahaha...

sebenarnya, da lama tak dapat upah macam nie. dulu lepas SPM, i ingat nak keja cari duit kan.. tapi abah tak bagi keja. suh duduk umah kemas umah, basuh kain, masak. huhu. agaknya abah nak latih i jadi isteri solehah kot kahkahkah. pastu tetiap bulan abah mesti bagi upah,, tak kisah la bape pun. i tak penah mintak jugak ehe. pastu dia selalu tengok i suka baca novel. pastu abah siap baik elaun lagi beli novel. hakhak. maceeyy abah. bertimbun novel. tapi banyak da hilang. orang pinjam pastu buat harta sendiri pulak. hampess.. urrgghhh... sayang tau.

fulltime housewife pun da pat gaji tau ehehe. beshnyeee.. tapi housewife lebih penat dari kerja kt ofis. tak caya suda. dari pagi celik mata da kena buat keja sampai petang baru dapat rehat kejap. kejap je okeyy. pastu sambung balik sampai malam. kalau da kawen korang kena keja tengah malam pulak hakhak. ok STOP! ehe

ohh tapi i belum kawen n belum beranak hokey ehe :ppp
source : google


boleh tak selamanya jadi housewife? besh jugak nie hakhak :D

Monday, January 25, 2010

Fahrin Ahmad kacak or Macho?

pergghh ok hmmm sekarang adalah mood saaangat malas nak update belog. malas tahap GABAN. pullstop!

ok tak boleh pullstop lagi. GABAN ok GABAN!! erk gaban tu apa sebenarnya?? haa nie la hakikat zaman sekarang.. kita main ikut jek orang cakap kan. tapi kita sendiri tak paham apa maksud sebenarnya sesuatu perkataan. i tak cakap orang lain la, even me myself pun macam tu jugak. perkataan-perkataan nie yang selalu digunakan tapi kita opss silap, bukan kita tapi i tak tau apa maksud yang sebenarnya. even ada perkataan yang takde dalam kamus pun.. tak percaya cuba la check sendiri :))

ok contoh perkataan yang kita tak tau apa maksud sebenarnya ialah POYO. tapi berdasarkan bahasa pasar yang selalu kita pakai, poyo ni digambarkan sebagai orang yang macam mana ek. susah nak describe.

ehh ko nie poyo la pakai spec camtu..

isshh poyo la ko nie, nak ngurat awek pun nak kena camtu ke...

so?? sebenarnya apa maksud poyo? for me poyo tu macam ntah apa-apa je. haa camtu la.. tak tau nak describe camne huhu.

tapi ada jugak perkataan yang kita dah biasa sebut dan kita memahami maksud dia, tapi memang takde dalam kamus. macam mana orang boleh create perkataan-perkataan cmtu ek. ok contohnya MACHO. apa yang korang paham maksud macho nie? MACHO nie digambarkan sebagai seorang jejaka yang kacak, hensem bergaya, gagah huhu tough la kan.. takkan la pompuan ko nak cakap dia macho plak kan. tapi tomboii tuuu lain cite la kan hakhak! tapi apa yang penah i dengar dolu2 la kan time skola myfren cakap macho tu gemuk dan pendek. haha sila gelak.. kahkhakahkhaa walaupun xberapa kelakar.

ok kalau artis malaysia nie sape yang boleh dikategorikan sebagai macho?
ofkos Fahrin Ahmad ye dak? tapi tu mengikut kaca mata i, tapi lain orang mesti la lain kaca mata kan.. kannn...
lg? rasanya Remi Ishak boleh sebagai macho. ada orang cakap Datuk K itu adalah macho! eeeyaarrkkss peelllissss lah. hoho..

kalau Fizo Omar pulak? ok dia hensem tapi jambu hakhak! tapi dia sangat suweettt. huahuahuaa.. ni dari kaca mata orang miang miahahaha... (ok ignore.. lalala)

ok out of topic!! fuuhhh...

selain daripada tu banyak lagi perkataan-perkataan atau bahasa-bahasa pasar yang kita tak tau mana asal usulnya tapi kita ikut je orang cakap. contohnya :

perrgghh malas tahap gaban nak update belog nie.. (hekhek seperti ayat i la..)

penat tahap dewa babe! (dewa? oohh ok means penat yang amt sangat)

sengal la ko nie aisehhh.. (sengal pulak? maksudnya apa ek. mungkin something wrong somewhere)

and banyak lagi kan.. tak larat nak tulis sume. kang panjang berjela pulak entry nie...




**updated!
macho, poyo dan sengal bukan la merosakkan bahasa ye...
ia dikategorikan sebagai bahasa slanga......bhasa slanga bermaksud bahasa yang diguna pakai oleh kumpulan tertentu dan difahami dikalangan mereka sahaja...cthnya kumplan remaja masa kini yg menggunakan perkataan poyo, macho, sentap.....okes... (source : cikgu alierostam)

maaf kalau ada pape yg salah. kalau ada tambahan atau pembetulan bagitau ye :))
entry nie dicatat ketika takde mood berbelog ehe. so maaf kalau banyak kekurangan..


kalau loghat sesebuah negeri macam mana pulak? sori kalo terdapat kekurangan pada entry nie. kalau silap tolong tunjukkan..


Saturday, January 23, 2010

KEMANGKATAN SULTAN JOHOR



Almarhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismailsource : http://www.johordt.gov.my/kerajaan/

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.

Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.


Source : Utusan Malaysia

AL-FATIHAH untuk Almarhum Baginda
suram. sayu.muram.durja


Friday, January 22, 2010

Hepatitis Injection

salam sume. waahh tenggelam timbul je i kan.. hehehe ada misi yg perlu disetelkan la kengkawan ehe.

so today, i pegi amik injection for hipetitis B wif my sister. my mom da amik dulu da aritu. my sis n i lambat coz tunggu dia balik la. kitorang dapat free ok. bcoz nowadays kebanyakan hospital kerajaan dia ada subsidi untuk their staff n also for their family members. so my mom keja pejabat kesihatan, so ada la chance kitorang dapat injection free. kalau tak, kena bayar ok.

hepatitis injection ada 3 dose, n td kitorang amik yg final dose la which means kitorang da abis ketiga-tiga dose. huhuhu alhamdulillah selamat. bukan apa, takut seyyhh time nak kena cucuk tu uhu.ok lupa nak cakap hepatitis nie adalah untuk your liver protecton ye.

hakikatnya injection tadi SAKIT ok SAKITTTT!! 1st dose aritu ok lagi. masuk 2nd dose nurse tu da warning, kali nie masuk ubat banyak sikit ye, tak macam injection biasa. ohh ok ak da cuak. tengok jarum pon da cuak macham nie.

source : google

tapi rilek je.. nurse tu siap cakap lagi, nie guna jarum kecik so kurang sikit sakit. pastu dia punya la lenguh sengal sebelah badan uwaa.. n final dose tadi ya ampunnn paling sakit kottt.. i da rasa die cucuk kt tulang ehehe padahal tak kot. maybe sebab i kekurangan daging kat lengan muahahhaa.. time dia masuk jarum nurse bagitau la, kang tekejut pulak. n time da ready nak masukkan ubat dalam jarum pon dia bagitau. kalo tak bagitau tadi i da melompat tekejut kot ehe OVER uuu! tapi serius, 3rd dose memang sakit. so korang kalau nak amik, ready la fizikal n mental. hakhak perlu ke fizikal ngeh3.. n actually hepatitis nie bukan amik 3 dose sekaligus, dia selang 3bulan amik 1dose.

dulu time study kat ukm, ukm pon ada buat promotion la untuk dapatkan dose tu, dapat diskaun which is if im not mistaken, 1 dose = RM 60. so 3 dose = RM 180. hakhak my classmate majority pegi amik la, tapi disebabkan selalu kehausan duet, i tak amik la hehehe. syukur jugak finally sekarang dapat free hekhek. nak yang free jugakkk kann.. hakhak.

actually course2 kesihatan or senang kata healthcare workers la memang digalakkan amik injection nie coz weolls (weolls kah? hehehe) adelah golongan berisiko tinggi dgn kata lain high risk la kan (erk apekah ayat aku?? hakhak.) ok ignore. thats why our lecturer dulu suggest weoll g amik injection nie for prevention la. mana la tau kan jadi apa2, eksiden ke ngan patient.. but not only that, sometimes dengan orang yang rapat ngan kita pon boleh menjangkitkan penyakitnya huhu. contohnya bagi pasangan suami isteri yang melakukan seks tanpa protection. maksud protection tu paham ke? hakhak. maksudnya yang buat seks tak pakai kondom la. aiyoo.. ataupun penyakit tu boleh transfer dari mommy to the baby during delivery.

tapi kat malaysia nie, manusia hehe manusia ye yang lahir lepas tahun 1990 sahaja yang da already dapat injection nie, if im not mistaken masa baby dapat immunisation tetiap bulan tu kan dia da diinjek sekali ngan vaksin hepatisis nie. so orang yang lahir sebelum 1990 sila ke hospital berdekatan untuk dapatkan vaksin tersebut ye. alaa duit apelah sangat kalau nak dibandingkan dengan kesihatan sepanjang hayat korang. nak ke kena kanser hati??

ok sila maafkan jika ayat tunggang tbalik. update belog dengan perasaan tak ikhlas cmni la. tapi nak share je ngan korang pasal benda alah nie. penting nie tau.. i suggest korang pegi la amik. juz for protection... ok kalau nak tau lebih lanjut pasal hipetitis sila kelik SINI

source : google


korang jangan imagine sakit tu macham sakit gastrik pulak hakhak. sakit sikit je time dia nak masuk jarum. rasa sakit coz ubat yang dia masukkan banyak sikit, xmacham injection biasa. tapi malam nanti i bet, mesti sengal je tangan or demam. get ready ;)


Friday, January 15, 2010

Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com

this is sticky entry. sila jalan jari telunjuk lebih sikit ek 4 latest entry. TQ ;))


yayy3 nak join contest nie. menang kalah bukan ukuran ehehehe. kebosanan nie.. tekan2 la innit tuuu...


Jom sertai Contest Lekat & Menang yang dianjurkan di www.azizwan.com.
Saya tahu contest ni dari mana ekk hmm.. hehehe sebenarnye tangan gatal2 tekan innit tu.. then cari-cari kat label contest n jumpe la contest ini hehehe. bule kan...


contest nie kalau menang dapat RM50 n referer nye akan dapat RM30.. ok la tu kan sape nak bagi betul tak..
tak tau la menang ke tak. nie macam ala2 lucky draw laa.. sape nasib baik menang la dia.. haha

tak tau la sempat ke tak sticky mode 48hours haha.. hopefully sempat r.. keh3..


tarikh tutup 13/01/2009 ye ;))

selamat hari lahir bopren ter-chenta! ;)


selamat hari lahir abah..

semoga panjang umur

sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik

dimurahkan rezeki

semoga dapat cepat-cepat pegi haji insyaallah

semoga kami selalu menggembirakan abah


LOVE U MY BOPREN SELURUH JIWA RAGA ;))))
selalu menyayangimu

:kiss:


hopefully abah bace blog nie. heh,, jgn harap!

Wednesday, January 13, 2010

MEE BANDUNG MUAR

source : http://alkiram.net/salam/wp-content/uploads/2007/08/mee-bandung-ada_cr_cr.jpg


ok da bkurun kot kak erinzzz teringin mee bandung muar hehehe.. nak kirimkan mee bandung nun sangat kejauhan la pulak eekekeke.. share kan resepi tu bule la jugak kan.. cam biase ekin masak men campak2 tup tap tup tap da siap da kak erin ehehehe... sodap xsodap tu laen cite kot hik2..



so dipersilakan lah terjahhh di SINI ^-^

kalau nak try yg nie pon boleh.. tapi lebih kurang kot rasenye ;)) so kelik SINI


tp mee bandung muar memang sangat lazat.. lain kalo korang makan yg kt KL ke mane ke.. 1st time try yang kt KL punye memang sangat tak boleh terima hokeyy.. cam masak mee yang direbus dengan sos jek ekeke..

so korang kalau nak suh i belikan perencah mee bandung segera pon boleh.. kt sini yang femes MEE BANDUNG MAHARANI harga dia rm9. kalau nak beli banyak2 i boleh kasi kurang ehehe.. so nanti tinggal tambah bahan2 lain.. cara buat ade tulis kat label paket tu.. die ade jugak jual perencah lain seperti soto n mee rebus.. tapi ofkos lah rasanya tak sehebat yang korang buat sendiri.. da namanya pon segera.. macam korang makan megi kari.. ada sebijik ke rasa kari haha.. tapi boleh la kalo yang jenis sume nak segera tu kan takde masalah.. nanti i poskan lah ;))

so kalau nak, boleh ym ok nms_aqua86 ;))


ok selamat mencuba!!! ;))

Tuesday, January 12, 2010

manakah rezeki tak kunjung tiba.............. isk3

source : google

gimme ur brain gimme ur brain... plsss plss plssss.. hak2 xmemasal...

apa pendapat korang ek bila kita keja yg takde kaitan dengan qualification kita... langsung takde. or ada tapi sikit-sikit sipi-sipi je.

contohnya kan haritu kan i apply GSTT pendidikkan khas.. tau tak apa GSTT?? google senirikk.. ;)) then misal kata la dapat misal kata laaa tapi rasanya tak dapat kot huhu coz soalan interviewer tu semua sangat membunuh, haa tu pun kan takde kaitan.. or i da blajo fenat2 nih 4 taun nih tetibe decide nak keja senirikk bisnes ke apa ke.. logik ke?? lagi la lari jauh kan.. i tak kisah keja apa pun, tapi paling takleh terima keja banking ke, marketing ke hmm tp nak bisnessing camne nie?? aiiyoyooo~

or

lepas da fenat lelah 4 taun sampai da tua jadi nenek nie nak dapatkan degree, tetibe kan i apply keja di mana lebih rendah drp my qalification.. maksudnya amik position yg diploma nye laa.. logik ke ehh??


hhmmm 4 me, i tak kisah pun benda nie suma.. lebih rendah ke, tak sama ke ngn cos yang i amik dulu takpe laa.. 4 me, degree skang nie buat syarat je.. n ilmu yang kita da blaja lama mana pun, semua itu adalah ilmu.. n ilmu takkan abis dituntut sehingga ke liang lahad.. kiranya kalau kita dapat keja lain dari qualification kita, ilmu yang telah dituntut tu kira bonus la kan.. dapat ilmu lebih.. betul tak? betul tak? betul tak?
tak kira keja apa pun, janji duit masyuuukkkk betul kan? sila la support saya ;))

korang agree ke tak nie? hmmm.... tak kisah laa.. yang penting nape rezeki takde yang sangkut lagi nie aiiyakkk... kalau camni bila nak dapat anta mak abah g haji nie adusss.. tak bule jadi nie... sebenarnya ada je yang da sangkut tapi terpaksa menolak kerana sebab2 yang bule dielakkan tapi tak berdaya nak elak hmm...source : google

:angry:
sebenarnya dari dulu kini dan selamanya kepala hotak nie dok berangan bisness jek. tapi cam takde talent nak berbisnes. hmm kalo jadi cikgu banyak masa ngan family kan3...
whatever.....



Monday, January 11, 2010

pecaye x kata2 tu adela magic??

korang caye tak sebenarnya tiap kata2 yang korang ucapkan tu adela magic. sebab tu la orang kata kata2 tu doa.. kalo korang xcaye kata2 tu magic sila la terjahhhh blog kak ell.. da siap bukti melalui eksperimen tuuu.. macam xpecaye.. tp kalo xpecaye cuba la senirikkk.. even i terrrsangattt lah malass nak buat eksperimen tu, tapi i sangatttt lah pecaye..



so anda sila lah pecaye!! berhati-hati dengan setiap butir perkataan yang kita ucapkan ok!
smile ^-^

AJL ke AJAL???

source : AJL TV3


haa sape tengok AJL haa? tengok? tengok? tengok? tp tu la cam my baba kesayangan cakap AJL ke AJAL eh korang.. hehehheheh amek la korang ngan haku2 sekali kena basuh muahaha...

ooo yeahh AJL yang agak gempak kan korang... tapi i rasa kan this nyer AJL cam xbape nak ada aura lahh.. ke i sorang je yang rasa gitu hahaha... if search masuk sekali kan, gerenti search yang menang hahaha.. nasib baik ada yuna kesayangan hahaha.. but i salute lahh this year nyerr performance memang kreatif n ada kelass lahh.. semua berebut nak buat lain dari yg lain, yang lain dari biasa betul tak? betul tak?

tak macam yang dulu-dulu asek2 performance nye menari kan2.. this year cam semua berusaha keras.. hehehe keras kee?? i xreti la nak komen-meromen nie eh-eh silap komen mengomen ngagaggaga nyanyi pon xreti ada hati nak komen established singers kite tu kan muahaha...

tapi dengar kate biasa lah kan tiap program mesti ada masalah.. AJL pon bayak masalah.. sound lah apa lah. time tomok perform perasan tak tomok agak xcomfortable.. haa 2 sebab time tu sound sistem ada problem. then time search perform pergghh paling xtahan boleh pulak blackout.. abis la group teknikal korang kena brainwash time post-mortem muahaha.. menjawab lah yekk... nie mesti kes kaki gajah sape yang terpijak wayar la kan.. da dok terkinja-kinja xhengat hahaha... tapi paling besh my baba kesayangan boleh cakap camni.. (die tgh ngaji kt hall lagi satu sebenarnye, tp nak g dapur jap).... baba berkata hehehe.....

haaa tu tb rosak lah tu asek tengok benda xsenonoh jek

ehh tak la bahh.. nie problem kat sana nie ntah orang tpijak wayar ke apa.. (jawapan anak kurang asamm haha)

haaaa kat sana ehh.. kat sana kena panah petir lah tuu.. tak ingat semayang semua tuuu..


muehehehehe haaa yang tu xkoserrr la then nak menjawabnya.. betul jugak.. ko tengok la red carpet dia start kol bape 7.30 if im not mistaken.. da tu artis semua nak kena start kol bape, juz imagine laa.. makhluk keparat yg dok nunggu kt red carpet tepi-tepi tu semata-mata nak tengok artis kesayangan pulak start tunggu kol bape?? haaa lu pikir la sendiri! yg semayang tu semayang la kann.. but im sure lebih ramai yang xsemayang.. i pun bukan lah baik sangat... tapi kita saling mengingatkan lah kan.. betul jgak my abah cakap tu huhuhu... agaknya termasuk ngan yuna yuna sekali xsemayang haihhh.. ohhh saya bukan sesiapa untuk judge sesiapa ok stop!!

heee.. proceed...... seperti yang i katakan tadi, semuanya cam takde aura kan... tapi artis pilihanku ofkos la yuna.. YUNA! YUNA! YUNA! kenapa suka yuna??

hmm tak tau lah suka ati aku lah nak suka sape muahahaha:kiss:

memang power lah yuna... tone suara yang besh lunak merdu. seperti kata cheryl dia macam xbuka mulut pun suara dia boleh power kan.. ishh3...

tp semua pemenang adalah hampir semuanya telah kujangka ngeh3.. hampir semua tepat tp xtepat laa...

black-vokal terbaik (tepat!)
aizat-persembahan terbaik (tepat!)

ok maybe ada ramai yang xsetuju aizat menang untuk persembahan terbaik sebab ramai yang sangat kagum dengan stacy rite.. tapi kan korang, for me macam apa yang i cakap tadi semua berlumba-lumba untuk perform sekreatif yang mungkin.. kalo nak ikut akim pun nampak ok ngn props die, n i terkesima time aril n nurul IDOLA KECIL masuk time hujan perform.. ohh i like arill akim n dayana ehehe.. stacy lagi la pulak pergghh dahsyat, kesian jugak kat dia xmenang huhu.. tapi tu laa cuba fikir2 kan balik memang apa yang aizat buat tu lain dari yang lain betul tak? mengangkut budak-budak dengan satu bus skola muahaha.. kan3? betulkan ajelaa...

faizal tahir - ke3 ( yang nie cam agak2 je, betul xbetul)
yuna - ke2 ( i memang bajet yuna no2 or no1 muahaha.. tp xsangka pulak memang die dapat. ohh sgt suka tengok yuna yang sangat excited hee)
aizat - no1 (yang nie pon macam betol xbetol. i expect die no3 ke no2. sekali johan la wehhh) ok la tu. memang besh pun, menyentuh jiwa. nasib baik je tak nanges hehehe....)

btw AJL mantoppp!! tu pun sebab yuna n aizat menang muahaha..



source : stok peribadi

ok apekah motip pic nie??? hehehe bukan pasan. tp i penah letak pic nie as primary kt fb. ade yg ingat i adela yuna muahahaha. motip?? xde motip. terus tukar pic hehe. jauh kayu untuk dipanggang kot.. errkk ade ke peribahasa tu?? ok tu orang yg cakap. bukan i yang pasan hehehe.. ok sila pecaya ;)):laugh:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

Blog Template by YummyLolly.com