Apa itu Strok/Angin Ahmar?
Strok/Angin Ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada Strok/Angin Ahmar?
Faktor risiko penyumbang kepada Strok/Angin Ahmar yang tidak boleh dikawal adalah:
Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat Strok/Angin Ahmar lebih tinggi.
Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap Strok/Angin Ahmar atau Angin Ahmar Ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)

Faktor risiko untuk anda mendapat Strok/Angin Ahmar adalah:
Tekanan Darah Tinggi (sila rujuk penyakit HYPERTENSION)
Kencing manis (sila rujuk DIABETES MELLITUS)
Paras kolesterol tinggi (sila rujuk HYPERCHOLESTRONEMIA)
Merokok
Berat badan yang berlebihan
Cara hidup tidak aktif (sedentari)
Tekanan/stress
Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
Bagaimana saya tahu yang saya diserang Strok/Angin Ahmar?
Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala Strok/Angin Ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami Strok/Angin Ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.

Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar?
Gejala Stroke/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
Sukar menelan
Apakah jenis-jenis Strok/Angin Ahmar?
Terdapat 2 jenis Strok/Angin Ahmar utama:
-Thrombotic/ischaemic stroke
Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.
-Haemorrhagic stroke
Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah

Apakah rawatan untuk Strok/Angin Ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat Strok/Angin Ahmar perlu :
Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang telah rosak
Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
Nasihat amalan pemakanan sihat

Bolehkah saya mengelak dari serangan Stroke/Angin Ahmar?
Faktor risiko yang menyumbang Strok/Angin Ahmar boleh dikurangkan seperti :
Kawal tekanan darah
Kawal tahap Kolesterol
Kawal penyakit Diabetes
Amalkan cara pemakanan sihat
Berhenti merokok
Kerap bersenam
Menangani tekanan mental
Kurangkan pengambilan minuman keras
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit Strok/Angin Ahmar
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.

info2 lain bleh access :
0 loves:
Post a Comment