Tuesday, June 1, 2010

Aksi Cikgu Terlampau!

 Amaran keras! : Dilarang baca untuk yang ada penyakit panas baran. Entry hot!

"KO INGAT MAK KO MENINGGAL KO BOLEH BUAT ALASAN TAK BUAT KEJE SEKOLAH?!! AKU DAH BOSAN DGN KESETANAN, KEBABIAN, KESIALAN, KEBETINAAN KO n bla bla bla!". 

HOT! HOT! HOT! Agak-agak nie kata-kata dari mulut siapa? Bahawasanya terimalah hakikat bahawa maki hamun tersebut adalah keluar dari mulut seorang cikgu yg agak 'berkakilebar' kpd studentnya. Dan ini adalah realiti dan bukan fantasi! Tak keterlaluan kalau kita label cikgu tu bermulut longkang lancang!

Kalau student bakar koperasi, student baling cat kat kereta cikgu, student calar kereta cikgu, bocorkan tayar, kurang ajar dengan cikgu, melawan, taknak pegi sekola, ponteng kelas, hisap rokok, hisap dadah dan sebagainya, selalunya kita salahkan student. Kalau mak bapak datang sekolah serang cikgu, saman cikgu sebab sebab cikgu marah atau pukul anak nanti cikgu-cikgu bising dan merungut, malah cikgu bangkang mak bapak datang sekolah. Siap ada yang halau mak bapak lagi. Cikgu kata mak bapak masuk campur. Orang nak didik anak tapi cikgu pulak disalahkan. Tapi sedar tak kita kadang-kadang, KADANG-KADANG ya SEMUA nie berpunca dari cikgu tu sendiri. Sedar tak semua? Buka mata buka minda buka akal KAWAL EMOSI! Ok jangan marah ya cikgu-cikgi semua. I tak kata semua cikgu. Tapi ada segelintir cikgu-cikgi yang 'berkakilebar' nie lah yang menyebabkan budak-budak nie memberontak! Macam cikgu kat atas tu lah.

Kalau dah budak tu dengan rela, ikhlas nak pegi sekolah nak belajar jadi pandai. Tapi pada hari tersebut terlewat hanya 15 minit sebab masalah tertentu tiba-tiba cikgu halau student tu balik rumah. Dah lah halau, kena maki lagi. Ada tak cikgu tu tanya elok-elok or siasat kenapa datang lambat? Tiba-tiba nak halau nak maki hamun. Entah-entah family dia susah, ada masalah dekat rumah, ayah sakit ke, motor honda cup ayah bocor ke, rumah yang dah nak runtuh tu tiba-tiba memang roboh ke. Ada cikgu tu tanya?? Menangis lah budak nie teresak-esak and moral down. Lepas tu dah taknak pegi sekolah. Salah sape?? Lagi-lagi budak yang mak dia baru meninggal tu. Dah lah semangat hilang mak meninggal, tiba-tiba ke harokkk dengan cikgu tu macam mana. Kalau anak cikgu tu sendiri or cikgu tu dulu time sekolah dalam situasi macam tu apa dia rasa? Ada otak guna otak lah, jangan letak kat kepala lutut.

Kita cakap student takde moral takde sivik, tapi cikgu macam tu ada moral ada sivik ke? Macam tak ikhlas jadi cikgu, macam mana pulak gaji yang dia dapat tiap bulan? Ok tu biar Allah yang tentukan.  Memang betul tak salah cikgu marah sebab cikgu pun manusia biasa, kesabaran cikgu ada batasnya.  Dan sememangnya tugas cikgu mendidik membimbing student. Yang salah dibetulkan, yang betul tu di'polish', dah polish gunakan sebaiknya jangan simpan nanti berhabuk. Tugas cikgu mendidik ya, Ya mendidik dan mengajar nampak seperti sama maknanya tapi berbeza ya. Cikgu-cikgi yg berkaliber mesti tahu apa bezanya. Tapi cikgu 'berkakilebar' mesti takkan faham! Tapi kalau marah sekalipun perlu ke maki macam tu?

 Gambar sekadar hiasan
Source : Google


Malah betul kan sebenarnya cikgu yang lulusan maktab institut perguruan or universiti memang diterapkan dengan cara mengawal emosi? Even kalau interview cikgu pun mesti akan sentuh berkaitan emosi. Tapi bila dah jadi cikgu, mana pegi tu semua? Dah ke laut kot. Hmmm walaupun sejahat, senakal, sebohsiaan mana sekalipun student tu dan betapa marah sekalipun cikgu tu, wajarkah dikeluarkan segala maki hamun sebegitu? A:Wajar B:Tak Wajar C:Pegi blahhh D:Whateverrr. Komen anda?

Cikgu yang berkaliber jangan marah about this entry, yang marah tu mesti yang 'berkakilebar'. Kalau dah cikgu kencing berdiri, kompemmm anak murid kencing berlari. Lepas tu cikgu dan anak murid berkejaran di taman or main lumba lari sape yang paling power. Pastu timbul pulak isu-isu lain yang berkejaran di taman tu bercanda di tepian pantai pulak. Erkk! Apa kaitan tu huhu ada kaitan sebenarnya. Renung-renungkan dan selamat beramal!


 Kadang-kadang rasa takut nak hantar anak pegi sekolah bila dah ada anak la nanti hehe. Belajar kat umah je boleh tak? :)

2 loves:

arboqskii said...

tu la pasal....
g skola aritu...mmg ad mcm tuh..
kesian tgk bdk kene marah free2 je
..tp tu la....cikgu pun manusia..
nobody perfect......

Miss Ekin said...

mmg nobody perfect. xsalah cikgu marah. tp berpada-pada. bila dah kluar kata2 cm2 cuba la die pk ape effect short term n long term nye... hhmm jgn salahkn student kalo sume student x reti nk hormat die. nie pn adik org praktikal die cite cm2..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

Blog Template by YummyLolly.com