Sunday, February 21, 2010

Baby Dancing to Beyonce




huhu tomey betol :)

Friday, February 19, 2010

Wierd Baby Laugh



so cute la dis lil baby.. uhuu

Monday, February 8, 2010

Dulu lain sekarang lain...

semalam macam biasa jalan2 lari2 marathon jenguk belog orang. sampai masa tengok belog Zack Zuhairi nie. semalam dia cerita pasal kawen part 2. n dalam part kawen, ada cerita dulu lain sekarang lain. yela zaman dolu2 keadaannya lain kerjasama begitu erat, sekarang semua da lain semua main order catering je kann.. tapi kat muo nie kan kuat lagi tau gotong-royong umah orang kawen nie.. orang jawa kata rewang ehehe. eja sikit! R.E.W.A.N.G.. bunyi rewang!

ok cerita pasal dolu lain sekarang lain nie, kebetulan semalam tengah duduk2 1 family borak2 sembang2 sambil minum kopi ngan makan mee siput, kira supper la nie erk kehkehkeh... tetiba abah pun sentuh pasal dulu lain sekarang lain nie.. wawawa.... sebab dia tengok tv kot apa ek berita agaknya, nyayuk sikit la aku nih haha lupa da..

bebudak skang ngan budak dulu kan lain... dulu kalau jalan depan orang tua, tunduk bukan main, xmo nampak muka kalau boleh.... skang kalau boleh tegak je jalan nak lurus, mintak lalu pun takde. dibaginya bontot ada! (ok! yang part bontot tu aku yang tambah wakaka).. dulu kalau cakap ngan orang tua, bukan main lembut, nak nyampuk nak lawan pun tak berani. kalau lawan memang kena panggg jadi biol jap. tapi budak skang bukan geti paham bahasa. n bla.. bla.. blaa..

macam tu la abah bebel. aku dengar je la.. kang kata aku nyampuk pulak ahaha. tak berani la mana tau abah sindir aku haa makan cili laaa... tapi mintak2 dijauhkan laa kan.. kan.. kann...

cite pasal dulu lain sekarang lain nie.. memang da beza kan.. meh kita tengok beberapa situasi yang penah aku lalui la sepanjang berpuluh taun aku idop nih ekeke ceehhh belum begitu tua ok! sebenarnya situasi masa aku jadi cikgu jap arituu... haha.

**********************************************************************

Situasi 1

Da abis masa, kelas tamat. Loceng bunyi.

Ok, stand up! TQ class.....

TQ teacher!
ehh teacher.. teacher.. teacher... nak salam!

ok time nie semua kerumun aku untuk bersalaman ehe. ok bagus anak2 semua beratur nak salam huhuhu yang laki depan yang pompuan belakang (ape la korang tak gentleman langsung la, sepatutnya ladies first la yangg kekeke). then yang da salam dok tepi tengok yang lain salam. pastu budak2 laki yang da salam tadi datang balik n terjah aku.

Teacher!!! nak salam lagi....

n perkara sama berulang sebanyak sekali lagi. maknanya 3 kali la depa salam aku dalam satu2 masa. n tiap 1 kali salaman tu diorang cium tangan aku berkali-kali. so sila darabkan ye! contohnya tiap 1 salaman diorang cium tangan 3 kali paling minimum! 3 x 3 = 9 setiap 1 sesi kelas aku. baru budak darjah satu! belum lagi darjah lain!

bila aku lari nak kuar kelas semua ikut kuar kelas. adesss... tiap2 ari camtu kalau masuk year 1 nye kelas. sampai satu ari, tetiba perasaan gembira menjadi sangat annoying haha nape diorang buat camtu. uwaaa sangat tensen.. akhirnya aku gagahkan jua untuk bertanya...

Haihh kamu nie nape suka nak salam teacher banyak2 kali nie. pegi masuk kelas cepat!!

ececehh bajet garang je, padahal sume tak takut aku cesss! makin dia tenung-tenung aku. mentang2 muka aku sumil ala2 keibuan. ok sila la muntah kalau nak muntah ekeke. nak tau diorang jawab apa!

Sebab tangan teacher wangi! suka sangat!

ok mekaseyyy bagi cikgu jawapan yang reasonable! tesengih2 aku jalan nak balik bilik guru, n perasaan xsabau nak cium tangan sendiri kahkahakah...
duduk n rilek dulu, pandang kiri pandang kanan ok clear! annndd kishh tangan sendirik kahkahkah.. errmmm memang wangi lah hehek. bau sanitizer dettol tu rupanyaa ceehhh.. memang wangi pun. tapi time tu memang sanitizer jadi kawan baik aku, sebab H1N1. takut gak bebudak tu dok salam salam rupanya pembawak penyakit tu huhu.

******************************************************************

Situasi 2

Kena ganti kelas, cikgu meeting.. masuk kelas year 3..Aku suh diorang buat kerja English la ofkos. Kelas senyap 5minit pertama je. seterusnya..... budak2 dok kerumun kat meja aku..

eh eh nie nape sume kat sini. pegi buat keja cepat! duduk! duduk!

semua tak bganjak dari tempat dirian masing-masing sambil menongkat dagu di atas meja guru sambil juga merenung n menenung aku!

heyyy nie nape sume dok ginie nie.. pegi sambung buat keje cepat! kalau tak, tak boley balik.

semua buat tak tau...

ok aku duduk n tenung diorang balik.

nie nape semua dok pandang cikgu macam tuuu...

sebab cikgu cantik! cantik sangat! nape cikgu cantik! cikgu da kawen ke belum! mesti anak cikgu comel kann.. cikgu, cikgu terus la ajar kat sini....

wowowowowooo mereka jawab sepertinya aku tanya soalan ok how to spell book class! bersahut-sahutan antara satu sama lain. bole imagine kah anda? haihh laa budak budak.. akhirnya aku blush*blush la ape lagi, sambil sengih-sengih ekeke... tak mampu nak layan diorang nie.. lantak korang leee.. ok pegi siapkan keje!!

****************************************************************

Situasi 3

Time jalan g kantin ngan 2 orang cikgu praktikum dari IPPMM (eh betul ke nie alaa yang maktab perempuan melaka tuu ehe)

maka datang la sekumpulan bebudak, buat-buat lalu sebelah aku then tetibe peluk aku dengan penuh manja n kasih sayang.... haihh...

****************************************************************

Situasi 4

Loceng naik rehat baru bunyi. masih kat kantin, pasni kena masuk year 1, kelas english. sekali bebudak year 1 jerit dari koridor..

Teacher! teacher! cepat! ijal da berak dalam seluar! cepat teacher....

Hoowaaaa biar betull.. takkan aku yang nak kena cuci taik dia, takkan nak kena cebokkan bontot diaaa.. uuwaaa tidaakkk!! sambil merungut-rungut dalam hati! ehehe. nasib baik cikgu kelas dia, merangkap sedare aku jugak le dengar jugak jeritan mereka.kekeke dia tolong le setel bebudak tu sementara aku g amik buku. huhu. sekali aku masuk kelas, takde pun budak berak dalam suar.. ceehhhh diorang nie saje nak propah tau ala2 azwan ali gituu... cissss.. lega sikit haha...

***************************************************************

Situasi 5

Hok nie bukan situasi aku le. nie kawan aku nye la. dia baru dapat posting awal taun aritu, dapat kat mersing... tadi dia cite camni....

mokhsin,ape jadi ngn kening kamu??

saya gunting kening saya mlm tadi teacher...

ape???awak gunting kening???ayah ngn mak kamu xmarah kamu ker kamu gunting kening kamu sampai jd mcm ni???

ayah saya ckp, saya mcm setan teacher..klau ilang satu kening, ayah ckp mcm setan...if ilang dua2 kening, da mmg setan da...

ish3 geleng kepala kawan aku tu.. huhu. fyi, bapak budak nie seorang guru besar sekolah agama hakhak :))

*******************************************************************

haaa kenapa aku letak situasi2 masa aku ngajar aritu? sebab time tu la aku sangat perasan or perasaan yang dulu lain sekarang lagi la lain.... ko imagine la cara bebudak sekarang nie.. sangat berani ok! boleh kurang ajar ngan cikgu, boleh peluk2 cikgu, boleh gurau2 ngan cikgu tanpa tau batasnya.. boleh cium2 cikgu, ngurat2 cikgu! aku dulu pergghhh takut gilerrr ngan cikgu. kalau jumpa cikgu bukan main sopan ayu buat muka innocent lagi, bagi salam n senyum jela yang berani. siap cikgu pun boleh malu nak tengok aku huuweekkk!! silap2 aku boleh lari kalau jumpa cikgu. maklum la aku tak la segelemer mana masa zaman sekolah kahkahkah low rofile katakan.. tapi maintain babe! hikhik.




my sifu - teacher sarimah.

kekeke..

year 1.. ade lagi. mls nak upload :)

panjang lagi nak cite. kalau letak semua sampai esok tak abis.. tp udah la.. bukan korang bace kan kan kann.. saje nak luahan perasaan

panjang kan entry nie? sape nak bace, bace.. tamo bace boley blahh! :)
peace no war... :)))

Sunday, February 7, 2010

Cinta Seorang Lelaki

Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya. Cantik betul. Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari jemarinya patah, tapi takut jari jemari kami tidak boleh saling membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambutnya, cantik betul. So saya belikanlah dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan!!! Yelah aurat kan salah satu perjuangan utama yang diperjuangkan syaitan. Jadi saya mahu rambutnya sentiasa ditutup. Takut nanti dibakar dek api neraka di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta.

Saya selalu gak tengok body teman wanita saya.. Solid betul! Jadi saya belikanlah dia telekung supaya masa bertemu dengan kekasih dia yang utama, dia jauh lebih cantik dan berseri menghadapnya. Saya pun tumpang dapat pahala. ALHAMDULILLAH...

Saya sedih sangat bila tengok dia selalu pesan macam-macam, makan minum, jaga diri elok-elok.. Nanti awak sakit saya juga yang susah! Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas zohor dan asar, dia tidak kata satu apa pun.. Terpaksalah saya yang ajak. Aduh sedihnya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mau jumpa dia, dan cinta dia secinta-cintanya, cinta yang Abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat. Berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya...



jom kita sama renung-renungkan dan selamat beramal! :)

"Bulan Cinta" Giveaway

this is sticky mode entry. scroll down for latest entry!



hadiah agak lumayan okiess hehe. nak tau hadiah dia??

1. Tempat pertama : Produk dermalogica conditioning body wash, stress relief treatment oil, body hydrating cream & the ultimate buffing glove worth RM150

2. Tempat kedua : Shawl dari Aisyahscarf worth RM13

3. Tempat ketiga : Felt yang akan dijahitkan nama anda worth RM10.

wooww memang besh kann...


camne nak join?

1. Sila menjadi follower kepada suzikhai & aisyahscarf. (done!)

2. Copy & Paste banner di atas. (done!)

3. Sila sticky mode untuk 2 hari di blog anda. (done!)

4. Siapakah referral anda. ok i tau ada giveaway nie dari blog BAINA.. (done!)

5. Sila hantarkan permalink anda di ruangan komen. (done!)


simple jek kan.. sile la join....

Giveaway ini akan berakhir pada 28 February 2010 ye.
Pemenang akan dikira berdasarkan undi.





Thursday, February 4, 2010

Perogol seret masuk teksi


KUALA LUMPUR: Seorang gadis berusia 17 tahun bagaikan berada ‘di neraka’ apabila menempuh pengalaman menakutkan lebih lima jam ketika diculik dan diperkosa seorang lelaki yang dipercayai bersekongkol dengan pemandu teksi, kelmarin. Lelaki berhati binatang berusia lewat 20-an itu juga menghisap syabu lebih tiga jam dalam sebuah bilik hotel murah yang disewa sambil disaksikan mangsa bagi mendapatkan rasa ghairah sebelum memperkosa pekerja kilang berkenaan.

Sumber dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, kejadian bermula kira-kira jam 8 malam ketika gadis itu menunggu abangnya di hadapan pusat beli-belah Kotaraya di sini.
Difahamkan, abang mangsa ketika itu menaiki bas dari Ipoh, Perak, untuk menemui gadis itu yang bekerja di Klang.

“Ketika menunggu, gadis itu dihampiri sebuah teksi sebelum seorang penumpang lelaki meluru keluar sambil memarahi dan menuduh dia mencuri telefon bimbit milik abangnya.

“Mangsa yang terpinga-pinga diseret lelaki terbabit masuk ke dalam teksi berkenaan yang cuba memerangkap mangsa dengan lakonan itu,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit memberi alasan ingin membawa gadis itu ke balai polis bagi menyelesaikan kes curi terbabit. Mangsa yang yakin tidak bersalah bersetuju mengikut lelaki terbabit ke balai polis bagi menyelesaikan kes itu.

“Pemandu teksi yang disyaki bersubahat dengan lelaki terbabit turut menakut-nakutkan mangsa dengan mendakwa gadis itu penumpang terakhirnya ketika telefon bimbit berkenaan hilang dari kenderaan itu.

“Tuduhan tidak berasas pemandu teksi terbabit menyebabkan gadis itu mula tidak sedap hati. Dia memberitahu tidak pernah melihat atau menaiki teksi berkenaan kerana menggunakan bas ketika datang dari Klang,” katanya. Menurutnya, lelaki terbabit yang menyedari gadis itu ketakutan memberitahu dia tak sampai hati menyerahkan mangsa kepada polis, sebaliknya menyuruh pemandu teksi menurunkan mereka di depan sebuah hotel di Jalan Haji Taib di sini.

“Dia memberi alasan kononnya mahu menunggu abangnya datang bagi menyelesaikan masalah terbabit secara baik sebelum memaksa gadis itu memasuki sebuah bilik yang disewa di hotel murah itu.

“Ketika berada dalam bilik hotel itu, lelaki terbabit mula menunjukkan taringnya apabila menghisap syabu sambil mengugut mangsa supaya tidak meninggalkan bilik tanpa kebenarannya,” katanya.

Menurutnya, ugutan itu menyebabkan mangsa mula ketakutan terutama dia diugut akan dipukul dengan batang besi oleh suspek yang khayal hampir tiga jam.

“Kerana takut dipukul, gadis itu hanya menangis. Penjenayah terbabit yang dalam pengaruh dadah kemudian merogol mangsa beberapa kali,”’ katanya.

Menurutnya, selepas puas memperkosa mangsa, lelaki terbabit membawa mangsa keluar dari bilik hotel itu sebelum dihantar semula di hadapan pusat beli-belah berkenaan dengan menaiki teksi lain. Lebih malang, apabila lelaki itu turut merampas telefon bimbit dan wang tunai RM30 miliknya.

“Mangsa menghubungi telefon bimbit abangnya menggunakan telefon awam sebelum dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk membuat aduan,” katanya.

Menurutnya, mangsa diambil keterangan sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Source : Harian Metro

hmm macam-macam skang nie. memang i benci pemandu teksi KL! walaupun tak semua jahat tapi kerana nila setitik, rosak susu 1 periuk! hmm.. nasib baik tak penah kena pape time dok KL dulu.. tapi penah jumpa macam-macam ragam pemandu teksi. haisshhh........

Monday, February 1, 2010

Friendship Contest

jom join Friendship contest lak! yang ni dianjurkan oleh Cik Mar kite ye ehe.

ok lets go thru apakah syarat2 nak join nie!
  • gambar mestilah gambar korang dgn mmber2 korang.xkesah la brpe org pun tp jgn r smpai 1clas plak...hehe (nnti dh mcm classmate contest plak) - DONE!
  • paling penting msti original ok,jgn copy kt tenet plak....klu nk edit2 pun suke ati la tp msti menampakkn "FRIENDSHIP" tu. -DONE!
  • hah!!! lg 1 plz la letak banner kt atas ni ye kt blog korang,bleh mempopularkan cik mar&kwn2 !!!hahaha (sengal je bunyi) xtually tuk meramaikn blogger tuk join,senang ckit nmpk. -DONE!
  • pastu klu nk follow blog cik mar ni, follow la.tiada paksaan ok. tuk memudahkan korang tau keputusan & persaingannye nnti better r follow,senang nk tau any progress about this contest. -DONE!
  • jz 1 picture je kay,kang terlalu rambang mata cik mar tuk memilih...hehehe -DONE!
hehehe tu aje syarat-syaratnyaaa.. simple jek kan.. uhu kebetulan memang tengah kerinduan teman-teman. pic yang dipertaruhkannn.....







ok taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...




pic ni di amik time final year.. da nak abis da time tu, so kitorang plan g eenjoy jalan-jalan la before bepisah isk-isk-isk.. so we decided jalan-jalan kt cameron jek. but sangat-sangat enjoyyy!! sweetest moment! dalam 3/4 classmates yang join.. rinduuu diorang. tapi takley letak yang ada pic sume, kang disqualified pulak contest nih ehek!

yang penting, pic nie menunjukkan kasih sayang antara kami ehehe nak bodek tuan kedai nie ekeke. i adalah yang pakai handbag yg mencapub ituu ye ehe handbag kuning.. mereka syg sy n sy sayan mereka sob-sob-sob sedihh tsk!

orait thats all! tQ tuan kedai... :))

tarikh tutup contest : 12 FEBRUARI 2010
sempat ag nak join nie. jom2 ehe

Noir Jewelry Giveaway...

ok nie ada lagi satu giveaway ehe from Noir Jewelry ye.



perrghh tergoda tak tengok benda alah atas nih. sape tak tergoda sudahh!! haha. okies camne nak join nie....

1)JADI FOLLOWER NOIR JEWELRY
2)BUAT ENTRY TENTANG GIVEAWAY NOIR JEWELRY DALAM BLOG ANDA
3)ADD NOIR JEWELRY DALAM BLOG LIST ANDA
4)TINGGALKAN KOMEN DAN LINK BLOG & EMAIL ANDA

JOM JOIN...BOLEHLA MELARAM DGN SET RANTAI BARU NANTI


TARIKH GIVEAWAY 26 JANUARI - 26 FEBRUARI 2010

ok apa ada kat Noir Jewelry nie? macam-macam adaaa.. kalau sesape suka ngan jewelsssss sila la jenguk2 k. gelang kristal ada, rantai mutiara ada, brooch cumil2 ada, sesape nak buat accessories sendiri boleh beli barang-barang kat sini. yang paling best, ada set macam kt dalam pic atas tu. n murah jek! boleh beli borong jugak tau! best gilerr huhu tak caya ke? untuk kepuasan hati, sila la terjah sendiri yek. :))

mekaseyyy tuan umah ;pp
sy nak! sy nak! sy nak!
haha boleh ke gitu cesss.. hehe

de' Alya Collections Giveaway...

miahaha memang malas gilerr nak update belog ahaha. tapi skang nie tengah mood join contest orang kahkakah.. bukannya kerana ku haus atau sangap dengan hadiah-hadiahnya.. tapi tak tau laa, rasa cam best jek ekeke. tapi kalau menang dapat hadiah lagi bagus ye dak! sape yang taknak hakhak. kalah menang adat pertandingan... yang penting dapat meramaikan geng-geng bloggers kan kan kann.. ehe. meh meh i nak ajak korang join nie.. memang senang gilerrr uollsss.. simple jek. nak tau apa yang korang kena buat? meh meh i tunjuk.



~nak wat entry takper,takmau buat pun takper
~follow dan add link blog ni kat blog anda (untuk memudahkan anda tahu perkembangan giveaway ni)
~tinggalkan komen di entry ni supaya saya tahu siapa yg turut serta
~kalo buat entry kat blog jgn lupa tinggalkan link yer

haaa cane? senang tak? simple jek kan.. meh join ramai-ramai.. tak join pun takpe hahah i boleh bolot sorang kakahkah.. joking... jangan marah tuan rumah...

ok tarikh tutup dia adalah 28 Februari 2010 bersamaan hari Ahad tepat jam 11.00 pagi. sape lambat, reject terus! wakaka.. n hadianya, shawl belang2 macam dalam pic atas tuuu.. santek kann eehe. ok2 time kasih tuan rumah, sy join ye! ehek :))

sila kelik SINI utk join!


tape jgn kabut. lama lagi boleh join lagi ;ppp

Ikan Kembung Panggang Berkuah

i dah update resepi.

IKAN KEMBUNG PANGGANG BERKUAH.

boleh la.. asek menu yang sama, ikan yang sama kan..

so google2 jumpa resepi nie. tukar selera sikit kan..

so kelik SINI

selamat mencuba! ^^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

Blog Template by YummyLolly.com