KUALA LUMPUR: Seorang gadis berusia 17 tahun bagaikan berada ‘di neraka’ apabila menempuh pengalaman menakutkan lebih lima jam ketika diculik dan diperkosa seorang lelaki yang dipercayai bersekongkol dengan pemandu teksi, kelmarin. Lelaki berhati binatang berusia lewat 20-an itu juga menghisap syabu lebih tiga jam dalam sebuah bilik hotel murah yang disewa sambil disaksikan mangsa bagi mendapatkan rasa ghairah sebelum memperkosa pekerja kilang berkenaan.
Sumber dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, kejadian bermula kira-kira jam 8 malam ketika gadis itu menunggu abangnya di hadapan pusat beli-belah Kotaraya di sini.
Difahamkan, abang mangsa ketika itu menaiki bas dari Ipoh, Perak, untuk menemui gadis itu yang bekerja di Klang.
“Ketika menunggu, gadis itu dihampiri sebuah teksi sebelum seorang penumpang lelaki meluru keluar sambil memarahi dan menuduh dia mencuri telefon bimbit milik abangnya.
“Mangsa yang terpinga-pinga diseret lelaki terbabit masuk ke dalam teksi berkenaan yang cuba memerangkap mangsa dengan lakonan itu,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit memberi alasan ingin membawa gadis itu ke balai polis bagi menyelesaikan kes curi terbabit. Mangsa yang yakin tidak bersalah bersetuju mengikut lelaki terbabit ke balai polis bagi menyelesaikan kes itu.
“Pemandu teksi yang disyaki bersubahat dengan lelaki terbabit turut menakut-nakutkan mangsa dengan mendakwa gadis itu penumpang terakhirnya ketika telefon bimbit berkenaan hilang dari kenderaan itu.
“Tuduhan tidak berasas pemandu teksi terbabit menyebabkan gadis itu mula tidak sedap hati. Dia memberitahu tidak pernah melihat atau menaiki teksi berkenaan kerana menggunakan bas ketika datang dari Klang,” katanya. Menurutnya, lelaki terbabit yang menyedari gadis itu ketakutan memberitahu dia tak sampai hati menyerahkan mangsa kepada polis, sebaliknya menyuruh pemandu teksi menurunkan mereka di depan sebuah hotel di Jalan Haji Taib di sini.
“Dia memberi alasan kononnya mahu menunggu abangnya datang bagi menyelesaikan masalah terbabit secara baik sebelum memaksa gadis itu memasuki sebuah bilik yang disewa di hotel murah itu.
“Ketika berada dalam bilik hotel itu, lelaki terbabit mula menunjukkan taringnya apabila menghisap syabu sambil mengugut mangsa supaya tidak meninggalkan bilik tanpa kebenarannya,” katanya.
Menurutnya, ugutan itu menyebabkan mangsa mula ketakutan terutama dia diugut akan dipukul dengan batang besi oleh suspek yang khayal hampir tiga jam.
“Kerana takut dipukul, gadis itu hanya menangis. Penjenayah terbabit yang dalam pengaruh dadah kemudian merogol mangsa beberapa kali,”’ katanya.
Menurutnya, selepas puas memperkosa mangsa, lelaki terbabit membawa mangsa keluar dari bilik hotel itu sebelum dihantar semula di hadapan pusat beli-belah berkenaan dengan menaiki teksi lain. Lebih malang, apabila lelaki itu turut merampas telefon bimbit dan wang tunai RM30 miliknya.
“Mangsa menghubungi telefon bimbit abangnya menggunakan telefon awam sebelum dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk membuat aduan,” katanya.
Menurutnya, mangsa diambil keterangan sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Source : Harian Metro
hmm macam-macam skang nie. memang i benci pemandu teksi KL! walaupun tak semua jahat tapi kerana nila setitik, rosak susu 1 periuk! hmm.. nasib baik tak penah kena pape time dok KL dulu.. tapi penah jumpa macam-macam ragam pemandu teksi. haisshhh........
6 loves:
seram... huhu... takut. kepada pompuan sekalian, jalan kena berteman tau.. moga Allah melindungi kita semua... amin,...
insyaallah.. amin.. takut gak uhuu.. macam2 bley jadi skang nie.. isk3!
astghfirullah...
u take care ok..
(ngeri lah)
click here for accessories, beauty products, bags, hijjabs and cakes.. all in one store for you.
2 la akak.. tkut btul.. same2 mntk dijauhkan.. uhuu
takut.....jalan kene sentiasa berteman~
btol 2 yang... selalu berwaspada. xbley caye sgt zaman skang nie. take care tau.. :)
Post a Comment