Takut (T_T)
Friday, June 4, 2010
Bodoh Punya Penyangak! Bini Orang Pun Nak Rogol ke? Bodoh!!
Thursday, June 3, 2010
How to Pronounce 'Yahoo'
oooooooo baru tauuuu... heeee... selamat mencuba! :)
Tuesday, June 1, 2010
Aksi Cikgu Terlampau!
"KO INGAT MAK KO MENINGGAL KO BOLEH BUAT ALASAN TAK BUAT KEJE SEKOLAH?!! AKU DAH BOSAN DGN KESETANAN, KEBABIAN, KESIALAN, KEBETINAAN KO n bla bla bla!".
Kadang-kadang rasa takut nak hantar anak pegi sekolah bila dah ada anak la nanti hehe. Belajar kat umah je boleh tak? :)
Thursday, May 13, 2010
Menang Giveaway Noir Jewelry-Pearl Set yeppiieeee!!
So, thanks sangat-sangat Noir Jewelry. Really appreciate that!
Tuesday, April 13, 2010
Serangan Influenza A (H1N1)
- Sebuah rumah kediaman di Taman Johor, Johor Bharu, melibatkan 3 sekeluarga yang telah dimasukkan ke hospital.
- Satu rumah kediaman di Gelang Patah, Johor Bharu, melibatkan 3 adik-beradik yang telah dimasukkan ke hospital.
- Penjara Penor, Kuantan melibatkan 21 orang (20 banduan, 1 kakitangan). Kesemua banduan telah diberi rawatan dan ditempatkan di bilik-bilik isolasi dan diawasi oleh pasukan perubatan penjara serta diasingkan daripada banduan yang lain. Kakitangan penjara telah diberi rawatan pesakit luar.
- Sebuah rumah kediaman di Taman Bemban Utama, Jasin, melibatkan 2 orang adik-beradik yang dirawat di hospital, di mana seorang telah didapati positif H1N1 dan telah didiscaj.
Yang menjadi masalah kerajaan adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat. So silalah anda sedar diri dengan sendiri sebelum terlambat :)
Sunday, February 21, 2010
Friday, February 19, 2010
Monday, February 8, 2010
Dulu lain sekarang lain...
ok cerita pasal dolu lain sekarang lain nie, kebetulan semalam tengah duduk2 1 family borak2 sembang2 sambil minum kopi ngan makan mee siput, kira supper la nie erk kehkehkeh... tetiba abah pun sentuh pasal dulu lain sekarang lain nie.. wawawa.... sebab dia tengok tv kot apa ek berita agaknya, nyayuk sikit la aku nih haha lupa da..
bebudak skang ngan budak dulu kan lain... dulu kalau jalan depan orang tua, tunduk bukan main, xmo nampak muka kalau boleh.... skang kalau boleh tegak je jalan nak lurus, mintak lalu pun takde. dibaginya bontot ada! (ok! yang part bontot tu aku yang tambah wakaka).. dulu kalau cakap ngan orang tua, bukan main lembut, nak nyampuk nak lawan pun tak berani. kalau lawan memang kena panggg jadi biol jap. tapi budak skang bukan geti paham bahasa. n bla.. bla.. blaa..
macam tu la abah bebel. aku dengar je la.. kang kata aku nyampuk pulak ahaha. tak berani la mana tau abah sindir aku haa makan cili laaa... tapi mintak2 dijauhkan laa kan.. kan.. kann...
cite pasal dulu lain sekarang lain nie.. memang da beza kan.. meh kita tengok beberapa situasi yang penah aku lalui la sepanjang berpuluh taun aku idop nih ekeke ceehhh belum begitu tua ok! sebenarnya situasi masa aku jadi cikgu jap arituu... haha.
Situasi 1
Da abis masa, kelas tamat. Loceng bunyi.
Ok, stand up! TQ class.....
TQ teacher! ehh teacher.. teacher.. teacher... nak salam!
ok time nie semua kerumun aku untuk bersalaman ehe. ok bagus anak2 semua beratur nak salam huhuhu yang laki depan yang pompuan belakang (ape la korang tak gentleman langsung la, sepatutnya ladies first la yangg kekeke). then yang da salam dok tepi tengok yang lain salam. pastu budak2 laki yang da salam tadi datang balik n terjah aku.
Teacher!!! nak salam lagi....
n perkara sama berulang sebanyak sekali lagi. maknanya 3 kali la depa salam aku dalam satu2 masa. n tiap 1 kali salaman tu diorang cium tangan aku berkali-kali. so sila darabkan ye! contohnya tiap 1 salaman diorang cium tangan 3 kali paling minimum! 3 x 3 = 9 setiap 1 sesi kelas aku. baru budak darjah satu! belum lagi darjah lain!
bila aku lari nak kuar kelas semua ikut kuar kelas. adesss... tiap2 ari camtu kalau masuk year 1 nye kelas. sampai satu ari, tetiba perasaan gembira menjadi sangat annoying haha nape diorang buat camtu. uwaaa sangat tensen.. akhirnya aku gagahkan jua untuk bertanya...
Haihh kamu nie nape suka nak salam teacher banyak2 kali nie. pegi masuk kelas cepat!!
ececehh bajet garang je, padahal sume tak takut aku cesss! makin dia tenung-tenung aku. mentang2 muka aku sumil ala2 keibuan. ok sila la muntah kalau nak muntah ekeke. nak tau diorang jawab apa!
Sebab tangan teacher wangi! suka sangat!
ok mekaseyyy bagi cikgu jawapan yang reasonable! tesengih2 aku jalan nak balik bilik guru, n perasaan xsabau nak cium tangan sendiri kahkahakah...
duduk n rilek dulu, pandang kiri pandang kanan ok clear! annndd kishh tangan sendirik kahkahkah.. errmmm memang wangi lah hehek. bau sanitizer dettol tu rupanyaa ceehhh.. memang wangi pun. tapi time tu memang sanitizer jadi kawan baik aku, sebab H1N1. takut gak bebudak tu dok salam salam rupanya pembawak penyakit tu huhu.
Situasi 2
eh eh nie nape sume kat sini. pegi buat keja cepat! duduk! duduk!
semua tak bganjak dari tempat dirian masing-masing sambil menongkat dagu di atas meja guru sambil juga merenung n menenung aku!
heyyy nie nape sume dok ginie nie.. pegi sambung buat keje cepat! kalau tak, tak boley balik.
semua buat tak tau...
ok aku duduk n tenung diorang balik.
nie nape semua dok pandang cikgu macam tuuu...
sebab cikgu cantik! cantik sangat! nape cikgu cantik! cikgu da kawen ke belum! mesti anak cikgu comel kann.. cikgu, cikgu terus la ajar kat sini....
wowowowowooo mereka jawab sepertinya aku tanya soalan ok how to spell book class! bersahut-sahutan antara satu sama lain. bole imagine kah anda? haihh laa budak budak.. akhirnya aku blush*blush la ape lagi, sambil sengih-sengih ekeke... tak mampu nak layan diorang nie.. lantak korang leee.. ok pegi siapkan keje!!
Situasi 3
Time jalan g kantin ngan 2 orang cikgu praktikum dari IPPMM (eh betul ke nie alaa yang maktab perempuan melaka tuu ehe)
maka datang la sekumpulan bebudak, buat-buat lalu sebelah aku then tetibe peluk aku dengan penuh manja n kasih sayang.... haihh...
Situasi 4
Loceng naik rehat baru bunyi. masih kat kantin, pasni kena masuk year 1, kelas english. sekali bebudak year 1 jerit dari koridor..
Teacher! teacher! cepat! ijal da berak dalam seluar! cepat teacher....
Hoowaaaa biar betull.. takkan aku yang nak kena cuci taik dia, takkan nak kena cebokkan bontot diaaa.. uuwaaa tidaakkk!! sambil merungut-rungut dalam hati! ehehe. nasib baik cikgu kelas dia, merangkap sedare aku jugak le dengar jugak jeritan mereka.kekeke dia tolong le setel bebudak tu sementara aku g amik buku. huhu. sekali aku masuk kelas, takde pun budak berak dalam suar.. ceehhhh diorang nie saje nak propah tau ala2 azwan ali gituu... cissss.. lega sikit haha...
Situasi 5
mokhsin,ape jadi ngn kening kamu??
saya gunting kening saya mlm tadi teacher...
ape???awak gunting kening???ayah ngn mak kamu xmarah kamu ker kamu gunting kening kamu sampai jd mcm ni???
ayah saya ckp, saya mcm setan teacher..klau ilang satu kening, ayah ckp mcm setan...if ilang dua2 kening, da mmg setan da...
ish3 geleng kepala kawan aku tu.. huhu. fyi, bapak budak nie seorang guru besar sekolah agama hakhak :))
haaa kenapa aku letak situasi2 masa aku ngajar aritu? sebab time tu la aku sangat perasan or perasaan yang dulu lain sekarang lagi la lain.... ko imagine la cara bebudak sekarang nie.. sangat berani ok! boleh kurang ajar ngan cikgu, boleh peluk2 cikgu, boleh gurau2 ngan cikgu tanpa tau batasnya.. boleh cium2 cikgu, ngurat2 cikgu! aku dulu pergghhh takut gilerrr ngan cikgu. kalau jumpa cikgu bukan main sopan ayu buat muka innocent lagi, bagi salam n senyum jela yang berani. siap cikgu pun boleh malu nak tengok aku huuweekkk!! silap2 aku boleh lari kalau jumpa cikgu. maklum la aku tak la segelemer mana masa zaman sekolah kahkahkah low rofile katakan.. tapi maintain babe! hikhik.
panjang kan entry nie? sape nak bace, bace.. tamo bace boley blahh! :)
peace no war... :)))
Sunday, February 7, 2010
Cinta Seorang Lelaki
Saya suka tengok rambutnya, cantik betul. So saya belikanlah dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan!!! Yelah aurat kan salah satu perjuangan utama yang diperjuangkan syaitan. Jadi saya mahu rambutnya sentiasa ditutup. Takut nanti dibakar dek api neraka di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta.
Saya selalu gak tengok body teman wanita saya.. Solid betul! Jadi saya belikanlah dia telekung supaya masa bertemu dengan kekasih dia yang utama, dia jauh lebih cantik dan berseri menghadapnya. Saya pun tumpang dapat pahala. ALHAMDULILLAH...
Saya sedih sangat bila tengok dia selalu pesan macam-macam, makan minum, jaga diri elok-elok.. Nanti awak sakit saya juga yang susah! Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas zohor dan asar, dia tidak kata satu apa pun.. Terpaksalah saya yang ajak. Aduh sedihnya saya!
Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mau jumpa dia, dan cinta dia secinta-cintanya, cinta yang Abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat. Berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya...
"Bulan Cinta" Giveaway
hadiah agak lumayan okiess hehe. nak tau hadiah dia??
1. Tempat pertama : Produk dermalogica conditioning body wash, stress relief treatment oil, body hydrating cream & the ultimate buffing glove worth RM150
2. Tempat kedua : Shawl dari Aisyahscarf worth RM13
3. Tempat ketiga : Felt yang akan dijahitkan nama anda worth RM10.
wooww memang besh kann...
camne nak join?
1. Sila menjadi follower kepada suzikhai & aisyahscarf. (done!)
2. Copy & Paste banner di atas. (done!)
3. Sila sticky mode untuk 2 hari di blog anda. (done!)
4. Siapakah referral anda. ok i tau ada giveaway nie dari blog BAINA.. (done!)
5. Sila hantarkan permalink anda di ruangan komen. (done!)
simple jek kan.. sile la join....
Giveaway ini akan berakhir pada 28 February 2010 ye.
Pemenang akan dikira berdasarkan undi.
Thursday, February 4, 2010
Perogol seret masuk teksi
KUALA LUMPUR: Seorang gadis berusia 17 tahun bagaikan berada ‘di neraka’ apabila menempuh pengalaman menakutkan lebih lima jam ketika diculik dan diperkosa seorang lelaki yang dipercayai bersekongkol dengan pemandu teksi, kelmarin. Lelaki berhati binatang berusia lewat 20-an itu juga menghisap syabu lebih tiga jam dalam sebuah bilik hotel murah yang disewa sambil disaksikan mangsa bagi mendapatkan rasa ghairah sebelum memperkosa pekerja kilang berkenaan.
Sumber dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, kejadian bermula kira-kira jam 8 malam ketika gadis itu menunggu abangnya di hadapan pusat beli-belah Kotaraya di sini.
Difahamkan, abang mangsa ketika itu menaiki bas dari Ipoh, Perak, untuk menemui gadis itu yang bekerja di Klang.
“Ketika menunggu, gadis itu dihampiri sebuah teksi sebelum seorang penumpang lelaki meluru keluar sambil memarahi dan menuduh dia mencuri telefon bimbit milik abangnya.
“Mangsa yang terpinga-pinga diseret lelaki terbabit masuk ke dalam teksi berkenaan yang cuba memerangkap mangsa dengan lakonan itu,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit memberi alasan ingin membawa gadis itu ke balai polis bagi menyelesaikan kes curi terbabit. Mangsa yang yakin tidak bersalah bersetuju mengikut lelaki terbabit ke balai polis bagi menyelesaikan kes itu.
“Pemandu teksi yang disyaki bersubahat dengan lelaki terbabit turut menakut-nakutkan mangsa dengan mendakwa gadis itu penumpang terakhirnya ketika telefon bimbit berkenaan hilang dari kenderaan itu.
“Tuduhan tidak berasas pemandu teksi terbabit menyebabkan gadis itu mula tidak sedap hati. Dia memberitahu tidak pernah melihat atau menaiki teksi berkenaan kerana menggunakan bas ketika datang dari Klang,” katanya. Menurutnya, lelaki terbabit yang menyedari gadis itu ketakutan memberitahu dia tak sampai hati menyerahkan mangsa kepada polis, sebaliknya menyuruh pemandu teksi menurunkan mereka di depan sebuah hotel di Jalan Haji Taib di sini.
“Dia memberi alasan kononnya mahu menunggu abangnya datang bagi menyelesaikan masalah terbabit secara baik sebelum memaksa gadis itu memasuki sebuah bilik yang disewa di hotel murah itu.
“Ketika berada dalam bilik hotel itu, lelaki terbabit mula menunjukkan taringnya apabila menghisap syabu sambil mengugut mangsa supaya tidak meninggalkan bilik tanpa kebenarannya,” katanya.
Menurutnya, ugutan itu menyebabkan mangsa mula ketakutan terutama dia diugut akan dipukul dengan batang besi oleh suspek yang khayal hampir tiga jam.
“Kerana takut dipukul, gadis itu hanya menangis. Penjenayah terbabit yang dalam pengaruh dadah kemudian merogol mangsa beberapa kali,”’ katanya.
Menurutnya, selepas puas memperkosa mangsa, lelaki terbabit membawa mangsa keluar dari bilik hotel itu sebelum dihantar semula di hadapan pusat beli-belah berkenaan dengan menaiki teksi lain. Lebih malang, apabila lelaki itu turut merampas telefon bimbit dan wang tunai RM30 miliknya.
“Mangsa menghubungi telefon bimbit abangnya menggunakan telefon awam sebelum dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk membuat aduan,” katanya.
Menurutnya, mangsa diambil keterangan sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Source : Harian Metro
hmm macam-macam skang nie. memang i benci pemandu teksi KL! walaupun tak semua jahat tapi kerana nila setitik, rosak susu 1 periuk! hmm.. nasib baik tak penah kena pape time dok KL dulu.. tapi penah jumpa macam-macam ragam pemandu teksi. haisshhh........
Monday, February 1, 2010
Friendship Contest
ok lets go thru apakah syarat2 nak join nie!
- gambar mestilah gambar korang dgn mmber2 korang.xkesah la brpe org pun tp jgn r smpai 1clas plak...hehe (nnti dh mcm classmate contest plak) - DONE!
- paling penting msti original ok,jgn copy kt tenet plak....klu nk edit2 pun suke ati la tp msti menampakkn "FRIENDSHIP" tu. -DONE!
- hah!!! lg 1 plz la letak banner kt atas ni ye kt blog korang,bleh mempopularkan cik mar&kwn2 !!!hahaha (sengal je bunyi) xtually tuk meramaikn blogger tuk join,senang ckit nmpk. -DONE!
- pastu klu nk follow blog cik mar ni, follow la.tiada paksaan ok. tuk memudahkan korang tau keputusan & persaingannye nnti better r follow,senang nk tau any progress about this contest. -DONE!
- jz 1 picture je kay,kang terlalu rambang mata cik mar tuk memilih...hehehe -DONE!
ok taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
pic ni di amik time final year.. da nak abis da time tu, so kitorang plan g eenjoy jalan-jalan la before bepisah isk-isk-isk.. so we decided jalan-jalan kt cameron jek. but sangat-sangat enjoyyy!! sweetest moment! dalam 3/4 classmates yang join.. rinduuu diorang. tapi takley letak yang ada pic sume, kang disqualified pulak contest nih ehek!
yang penting, pic nie menunjukkan kasih sayang antara kami ehehe nak bodek tuan kedai nie ekeke. i adalah yang pakai handbag yg mencapub ituu ye ehe handbag kuning.. mereka syg sy n sy sayan mereka sob-sob-sob sedihh tsk!
orait thats all! tQ tuan kedai... :))
tarikh tutup contest : 12 FEBRUARI 2010
sempat ag nak join nie. jom2 ehe
Noir Jewelry Giveaway...
perrghh tergoda tak tengok benda alah atas nih. sape tak tergoda sudahh!! haha. okies camne nak join nie....
1)JADI FOLLOWER NOIR JEWELRY
2)BUAT ENTRY TENTANG GIVEAWAY NOIR JEWELRY DALAM BLOG ANDA
3)ADD NOIR JEWELRY DALAM BLOG LIST ANDA
4)TINGGALKAN KOMEN DAN LINK BLOG & EMAIL ANDA
JOM JOIN...BOLEHLA MELARAM DGN SET RANTAI BARU NANTI
TARIKH GIVEAWAY 26 JANUARI - 26 FEBRUARI 2010
ok apa ada kat Noir Jewelry nie? macam-macam adaaa.. kalau sesape suka ngan jewelsssss sila la jenguk2 k. gelang kristal ada, rantai mutiara ada, brooch cumil2 ada, sesape nak buat accessories sendiri boleh beli barang-barang kat sini. yang paling best, ada set macam kt dalam pic atas tu. n murah jek! boleh beli borong jugak tau! best gilerr huhu tak caya ke? untuk kepuasan hati, sila la terjah sendiri yek. :))
mekaseyyy tuan umah ;pp
sy nak! sy nak! sy nak!
haha boleh ke gitu cesss.. hehe
de' Alya Collections Giveaway...
~nak wat entry takper,takmau buat pun takper~follow dan add link blog ni kat blog anda (untuk memudahkan anda tahu perkembangan giveaway ni)~tinggalkan komen di entry ni supaya saya tahu siapa yg turut serta~kalo buat entry kat blog jgn lupa tinggalkan link yer
ok tarikh tutup dia adalah 28 Februari 2010 bersamaan hari Ahad tepat jam 11.00 pagi. sape lambat, reject terus! wakaka.. n hadianya, shawl belang2 macam dalam pic atas tuuu.. santek kann eehe. ok2 time kasih tuan rumah, sy join ye! ehek :))
sila kelik SINI utk join!
tape jgn kabut. lama lagi boleh join lagi ;ppp
Ikan Kembung Panggang Berkuah
IKAN KEMBUNG PANGGANG BERKUAH.
boleh la.. asek menu yang sama, ikan yang sama kan..
so google2 jumpa resepi nie. tukar selera sikit kan..
so kelik SINI
selamat mencuba! ^^
Sunday, January 31, 2010
Happy birthday to me!
n semoga pasni kehidupanku sentiasa diberkati. n semoga pasni semua yang berlaku akan baik-baik belaka! insyaallah semoga semua yg i impikan pun jadi kenyataan.. aminnnnn~
tQ sume yg wish!
Thursday, January 28, 2010
UNDER CONSTRUCTION!
segala kesulitan amat dikesali..
terima kasih atas kunjungan anda :)))
Wednesday, January 27, 2010
PETUA MENJAGA KECANTIKAN
oke. i nak join lagi contest hikhik! gilerr tamak kan sume nak join. lantak la, suka ati i hakhak. contest nie da lama jumpa, tapi last day baru nak buat entry nie kan.. memang ngek ekeke. kelam kabut buat. haa padan ngn muka sendiri. ;pppp
ok contest nie dianjurkan oleh cik Ardini Humaira .. hehe mintak2 sempat lagi la hekhek.
so before that, meh kita tengok syarat-syarat penyertaan :
⑴ wajib mengenai kecantikan. Tak kisahlah petua tradisional, moden, purba, atau apa-apa asalkan xbahayakan orang & logik. Petua seperti rendam muka dalam mangkuk tandas xkan dilayan! ;p
⑵ buat entry penyertaan contest ini. Ceritakan secara kreatif petua kecantikan yang korang tahu/ amalkan/ terjumpa kat memana. Ingat,mesti logik ya.Tak kisah nk wat karangan @ bentuk gambar ke xjadi poblem. Asal kreatif. Dah buat entry tu, u ols leave comment di entry contest saya ni mengenai link penyertaan blog u ol supaya saya dan juri boleh merayau ke blog u ol :-) diulangi, leave diblog saya, ya. Kalau nak letak di blog eny dan zie pun boleh tapi u ol maksure ltak juga diblog saya sebab 4 orang juri bersama saya.
⑶ jantina tak jadi masalah. Warganegara Malaysia dan ada blog. Tiada had umur. Hanya 1 penyertaan dari 1 blog diterima :) jangan tamak, oi...
⑷ wajib jadi follower blog DINI dan ENY . Copy gambar diatas dan letak di entry penyertaan serta link kan pada contest ni ye
⑸ kalau ada petua yang sama, contoh petua blog a, b, c sama..tak jadi masalah sebab kreativiti anda dinilai. Jangan risau.
⑹ contest ini di adili oleh 6juri. 4 juri dalaman dan 2juri dikalangan bloggers iaitu
ENY dan
Itu je syaratnya ;-)
so.. meh kita start ehh.. ok petua yang i nak share ngan korang nie adalah berasaskan telur. ehek TELUR ok. telur ayam. bukan telur lain-lain lalalala~
macam-macam kita boleh buat dengan telur kan. telur rebus, telur goreng. tapi telur bukan aje boleh buat makan. tapi boleh digunakan sebagai masker. JIMAT dan SELAMAT kan kan kann... rasanya petua nie dah ramai orang buat tapi kena tahan jela geli tak geli nak tepek telur yang hanyir tu kat muka kaann..
ok2 tamo bebel jela-jela, meh la kita start (lagi tadi ag kata nak start tapi tak start2 pun kan hakhak). ok firstly, meh la kita tengok-tengok jengah-jengah bahan-bahan yang kita perlukan ehh....
bahan utama yang paling penting ofkos la telur. dalam sebiji or dua biji la. ikut besar mana muka korang hakhak. kalo korang tepek tebal-tebal banyak la telurnya. tapi amik PUTUH TELUR sahaja! tauuu... kalo amik kuning skali pas korang tepek-tepek tu sila la goreng uweekk... blurpp!
ok pastu korang sediakan la cotton pads ye. tak kira la bentuk 4 segi ke, bulat ke, tiga segi ke, sfera ke. tak kisah! janji nama dia cotton pads! bukan kotex pad hakhak. kalo korang nak guna pun ok jugak, takde masalah lalala. segala kesan sampingan menggunakan kotex pad sila tanggung sendiri muahaha ;pppp
ok jom buat step by step!
1. pecahkan telur, amik putih telur sahaja! ok putih je, kuning buat goreng suda. masuk dalam piring ke mangkuk ke periuk ke suka ati korang, takkan nak kena bitau jugak aisehh..
2. pastu korang amik cotton pads tadi. kalau rasa cotton pads tu macam tebal sangat, korang jadikan dia nipis la ehe maksudnya korang bahagi dua. boleh imagine tak haha. bukan koyakkan jd bentuk segiempat tepat. maksudnya yang tebal tadi korang bagi dua untuk nipis. ishh cane nak explain, pandai2 korang ahh hakhak. tapi kalau takyah koyak pun takpe ok.
3. then, amik tiga jari. haa amik?? cane amik tiga jari. aku ketuk kalau korang tanya eh. maksudnya gunakan jari telunjuk, jari hantu n jari manis korang la untuk tangan kanan n kiri. kalau takde jari suh la sape2 pinjamkan jap jari. kalau korang nak guna 10 jari pun boleh, tapi cam gelojoh n selekeh je. but its up to u la. then celupkan jari tadi dalam putih telur. pastu korang tepek-tepek sikit kat mana korang nak start.
ok contohnya korang nak start kat dahi. tepekkan dekat dahi la. paham?? kena tepek setempat-setempat dulu. kalau tepek sume sekali nanti telur tu kering tak guna la.
4. bila da tepek sikit kat dahi, korang amik cotton pad tadi, korang tempek la pulak dekat tempat yang korang da tepekkan telur tadi. so nanti cotton pad tu melekat kan.
5. pastu, sila tepek-tepekkan lagi telur tadi dekat atas cotton pad yg da tertempek tu. sampai keseluruhan cotton pad td tu berbasahan dengan tempekkan telur ya! jangan banyak-banyak sangat tempek telur tu, kesudahan nanti korang menyesal hakahk. ala kadar jela, asalkan setiap permukaan cotton pad tadi basah dengan telur ya.
tapi macam biasa la, area sekitar mata takyah tempek ehh. mulut pun takyah le ko nak tempek. sesape yang rasa gileerr je sila tempek kat lobang idong hakhak!
6. ok next! sila ulang semua step-step diatas sampaiii la keseluruhan muka telah tertempek. specially buat n kalau boleh lebihkan sikit dekat area yang banyak blackhead n white head contohnya dekat T-zone lah!
7. then da jadi mumia kan... haaa korang baring leee.. tido je hakhak setengah jam ke. agak-agak memang da kering, korang suh le sesape kejut. then haaa korang tarik dia kepingan masker tadi. dia memang akan jadi seperti topeng la ofkos, namanya pun masker. tarik slow-slow tau. kalau laju-laju memang melecet le kulit korang. haa sesape yang tempek banyak sangat telur tu haa ko rasakan la time nak tarik tu seksa ke seksi. kehkehkeh...
8. da siap cabut masker tu, cuba korang tengok apa yang ada kt cotton pad korang da cabut tadi. eeee mesti geli eeyaarrkss.. tercabut segala whitehead blackhead korang cehhh weekkk.. geli weehhh.. tapi selalunya memang tak semua akan tanggal. mesti ada yang da degil berkurun berumah kat kulit korang tu. ok i geli, tamo imagine isk-isk-isk!
9. final step! sila la cuci muka. kalo korang nak bau hanyir tidur sampai pagi silakan....
ok siap lah! korang akan rasa muka beshhh jek. bersih jekk.
tuhh tadi cara natural kan. then i ada nak share la satu cara lagi. dulu start je akil baligh ehehe memang berebut-rebut jerawat nak kuar. hampehh jerawat! buruk muka aku. nasib baik girl school hakhak tak jumpa pakwe-pakwe. n i baik ok, anak mak, tak main pakwe2 kehkehkeh sila percaya! sampai la masuk matrik, masuk ukm 1st year memang teruk muka i. macam2 kaedah tradisional sume da try, guna serbuk kulit kayu manis la, asam jawa la. n ada petua orang tua2, tepekkan darah haid korang tu kat muka. eyaarrkksss!! TAK HINGIN aku nak cuba even darah tu kuar dari rahimsendiri weekk wek wekkk.
so masuk 2nd year, i cam terpengaruh ngan produk NATASYA tau. n tak lama guna, macam da ada perubahan tau. mula-mula jerawat baru dah tak tumbuh, jerawat lama kecut. n then pastu memang jerawat tak tumbuh da. seriuss! tapi kena pakai 1 set lah, sabun, toner, krim siang n krim malam. mahal sikit tapi berbaloi baloii! n ada jugak antie n kawan-kawan yang cuba alhamdulillah berkesan! tapi i da stop, cuba produk lain pulak. bukan tak bagus, tapi i memang suka tukar-tukar produk hakhak. adik i baru cuba dalam dua bulan nie, ramai tegur kulit dia licin n makin cerah. nie yang rasa nak pakai balik nie.
tapi depends la jugak kulit masing-masing. ada yang da biasa pakai, bila tak pakai tmuh biji-biji halus. tak tau la. i suggest je. tak cuba tak tau. kalau takut nak cuba takyah cuba!
waaahh nie boleh jadi duta natasya nih hakhak. ok stop sini dulu. da panjang berjela nampaknya. kang tak larat judges nak baca hehehe. bagi la i markah kesian ehh hehehe :)
ok daaaa.. thanks penganjur! harap2 layak la join nie ekeeke!
nasib baik sempat join ehe. arini last. cepat2 sape nak join huhu ;pp
..dekat bau belacan, jauh bau cheese...
muahahha berbelit2. lantak lah apa interpretasi korang. erk betol ke eja mende alah nie hekhek. nape wujudnya peribahasa rekaan sendiri tu. baru je cite pasal bahasa jiwa bangsa kahkhakah. saja nak mewarna-warnikan bahasa muahahaha. jangan ada budak sekola amik peribahasa nie sudah. udahnye semua cikgu-cikgu BM serang i hekhek. ampuunnnn cikgu!
ok sebenarnya,, ada la seorang manusia nie haha dia kata dia amat jeles dengan talian hayat kami adik beradik. ok before that, im the eldest of 5 siblings. i have 2 younger sisters and 2 younger brothers. kehkehkeh cam buat ayat budak tingkatan satu. saje jek! specially dia jeleskan keakraban kami 3 dara nie laaa.. cam sangat rapat. memang kitorang rapat pon.. tapi hakikatnya, cam peribahasa tadi tuuu dekat bau belacan, jauh bau cheese hekhek..
time semua ada kat umah, ada jeee benda nak argue. tapi skang da besaq2 nie takde la sangat, tapi ada la jugak kadang-kadang muahahaha. dulu time kecik-kecik, gaduh sampai tarik-tarik rambut pun ada haha. last2 i yang kena cili ngan mak wawawawaaa~
tapi time semua berpisah, sorang study sana, sorang study sini sorang lagi stidooo time tu la pulak rindu-rinduan konon..
bila ko nak balik..
ko balik bila..
balik laaa.. takde kawan nak gaduh nie.. hakhak.
tapi hakikatnya, macam mana pun air dicincang takkan putus ye dak? yang penting dengan berkat sifat tolak ansur masing-masing insyaallah.. n sifat mengalah tu penting jugak. tapi cisss tak aci, asek i je kena mengalah hakhak!
tak kisah la.. ingat pesan mak, dengan adik beradik jangan terlalu berkira, jangan selalu ungkit2 insyaallah bahagia selamanya... hekhek amin~
i nak tengok apa hadiah diorang nak bagi i nanti. jeng3.... hakhak
nie kira berkira ngan adik beradik ke? muahahaha
Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com
i nak join lagi satu contest nih. saja suka-suka kan.. tengah boring-boring nih jalan-jalan jumpa pulak contest nih. simple gileee contest nih. xsusah pun..
jom joinnnn!!
Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.
Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama
Saya tahu pertandingan ini dari blog http://elienz87.blogspot.com
ok tarih tutup contest nie : 31/01/10 pukul 11.59pm
meh join meh, sempat lagi nie....
letakkan referrer korang tu sebagai i la ye! ekeke
Ikan Siakap Masak Stim
asek buat ikan siakap sweet sour jek.
saje try buat resepi lain pulak.
before this, i macam tak berani nak cuba masak stim nie.
kalau tengok pun agak x berselera nak makan kan hakhak. macam pucat jek rupa ikan tu kan..
kalau makan kat luar pun tak penah order yang masak stim kahkahkah..
macam mana entah, last week tergerak hati nak buat.
lagipun time tu my nenek duduk umah i sementara waktu, so dia tak boleh makan pedas-pedas.
then apalagi, tu yang nak try buat stim pulak.
sekali dah try, perrghhh memang mavelesss lah!!
kebetulan haritu my mom beli sekor je ikan tu. selalunya beli dua. perghh memang tak cukup huhuhu.
so kalau korang nak cuba, check it out!!
kelik HERE
memang maveles lahh! cuba jangan tak cuba! ^^
Tuesday, January 26, 2010
arini aiii dapat gajiiiii lagi!!!
yayy yayy!!
lunch our mak call..
mak : long duit baki topup semalam ada lagi kan..
me : ada lagi mak. tadi kan orang suruh mak amik dalam beg orang.
mak : haa takpe lahh.. amik la duet tu..
me : eh nape pulak mak.. tak payah laa..
mak : alaa amik je laa.. mak bagi jee...
berlaku adegan bersama dialog tolak menolak ehe..
mak : amik je.. mak bagi je buat-buat keja umah sume tu...
me : hmmm ok la camtu. mekasih mak...
hekhekhek. ok walaupun berlaku adegan taknak duit mak bagi, tapi mak da bagi amik jelahh hikhik. walaupun tak banyak mana. tapi boleh la beli-beli jajan ke. beli makeup pun cukup nih hakhak. shawl pun boleh muahaha. mekaceeyy mak. sayang mak. ehe. i anak yang baik ok. sila percaya. hakhak. i tak pernah mintak pun, i buat semua dengan ikhlas. tapi mak dah bagi nak buat macam mana kan muahahaha...
sebenarnya, da lama tak dapat upah macam nie. dulu lepas SPM, i ingat nak keja cari duit kan.. tapi abah tak bagi keja. suh duduk umah kemas umah, basuh kain, masak. huhu. agaknya abah nak latih i jadi isteri solehah kot kahkahkah. pastu tetiap bulan abah mesti bagi upah,, tak kisah la bape pun. i tak penah mintak jugak ehe. pastu dia selalu tengok i suka baca novel. pastu abah siap baik elaun lagi beli novel. hakhak. maceeyy abah. bertimbun novel. tapi banyak da hilang. orang pinjam pastu buat harta sendiri pulak. hampess.. urrgghhh... sayang tau.
fulltime housewife pun da pat gaji tau ehehe. beshnyeee.. tapi housewife lebih penat dari kerja kt ofis. tak caya suda. dari pagi celik mata da kena buat keja sampai petang baru dapat rehat kejap. kejap je okeyy. pastu sambung balik sampai malam. kalau da kawen korang kena keja tengah malam pulak hakhak. ok STOP! ehe
boleh tak selamanya jadi housewife? besh jugak nie hakhak :D
Monday, January 25, 2010
Fahrin Ahmad kacak or Macho?
ok tak boleh pullstop lagi. GABAN ok GABAN!! erk gaban tu apa sebenarnya?? haa nie la hakikat zaman sekarang.. kita main ikut jek orang cakap kan. tapi kita sendiri tak paham apa maksud sebenarnya sesuatu perkataan. i tak cakap orang lain la, even me myself pun macam tu jugak. perkataan-perkataan nie yang selalu digunakan tapi kita opss silap, bukan kita tapi i tak tau apa maksud yang sebenarnya. even ada perkataan yang takde dalam kamus pun.. tak percaya cuba la check sendiri :))
ok contoh perkataan yang kita tak tau apa maksud sebenarnya ialah POYO. tapi berdasarkan bahasa pasar yang selalu kita pakai, poyo ni digambarkan sebagai orang yang macam mana ek. susah nak describe.
ehh ko nie poyo la pakai spec camtu..
isshh poyo la ko nie, nak ngurat awek pun nak kena camtu ke...
so?? sebenarnya apa maksud poyo? for me poyo tu macam ntah apa-apa je. haa camtu la.. tak tau nak describe camne huhu.
tapi ada jugak perkataan yang kita dah biasa sebut dan kita memahami maksud dia, tapi memang takde dalam kamus. macam mana orang boleh create perkataan-perkataan cmtu ek. ok contohnya MACHO. apa yang korang paham maksud macho nie? MACHO nie digambarkan sebagai seorang jejaka yang kacak, hensem bergaya, gagah huhu tough la kan.. takkan la pompuan ko nak cakap dia macho plak kan. tapi tomboii tuuu lain cite la kan hakhak! tapi apa yang penah i dengar dolu2 la kan time skola myfren cakap macho tu gemuk dan pendek. haha sila gelak.. kahkhakahkhaa walaupun xberapa kelakar.
ok kalau artis malaysia nie sape yang boleh dikategorikan sebagai macho?
ofkos Fahrin Ahmad ye dak? tapi tu mengikut kaca mata i, tapi lain orang mesti la lain kaca mata kan.. kannn...
lg? rasanya Remi Ishak boleh sebagai macho. ada orang cakap Datuk K itu adalah macho! eeeyaarrkkss peelllissss lah. hoho..
kalau Fizo Omar pulak? ok dia hensem tapi jambu hakhak! tapi dia sangat suweettt. huahuahuaa.. ni dari kaca mata orang miang miahahaha... (ok ignore.. lalala)
ok out of topic!! fuuhhh...
selain daripada tu banyak lagi perkataan-perkataan atau bahasa-bahasa pasar yang kita tak tau mana asal usulnya tapi kita ikut je orang cakap. contohnya :
perrgghh malas tahap gaban nak update belog nie.. (hekhek seperti ayat i la..)
penat tahap dewa babe! (dewa? oohh ok means penat yang amt sangat)
sengal la ko nie aisehhh.. (sengal pulak? maksudnya apa ek. mungkin something wrong somewhere)
and banyak lagi kan.. tak larat nak tulis sume. kang panjang berjela pulak entry nie...
**updated!
macho, poyo dan sengal bukan la merosakkan bahasa ye...
ia dikategorikan sebagai bahasa slanga......bhasa slanga bermaksud bahasa yang diguna pakai oleh kumpulan tertentu dan difahami dikalangan mereka sahaja...cthnya kumplan remaja masa kini yg menggunakan perkataan poyo, macho, sentap.....okes... (source : cikgu alierostam)
maaf kalau ada pape yg salah. kalau ada tambahan atau pembetulan bagitau ye :))
entry nie dicatat ketika takde mood berbelog ehe. so maaf kalau banyak kekurangan..
kalau loghat sesebuah negeri macam mana pulak? sori kalo terdapat kekurangan pada entry nie. kalau silap tolong tunjukkan..
Saturday, January 23, 2010
KEMANGKATAN SULTAN JOHOR
JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.
Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.
Source : Utusan Malaysia
AL-FATIHAH untuk Almarhum Baginda
suram. sayu.muram.durja
Friday, January 22, 2010
Hepatitis Injection
so today, i pegi amik injection for hipetitis B wif my sister. my mom da amik dulu da aritu. my sis n i lambat coz tunggu dia balik la. kitorang dapat free ok. bcoz nowadays kebanyakan hospital kerajaan dia ada subsidi untuk their staff n also for their family members. so my mom keja pejabat kesihatan, so ada la chance kitorang dapat injection free. kalau tak, kena bayar ok.
hepatitis injection ada 3 dose, n td kitorang amik yg final dose la which means kitorang da abis ketiga-tiga dose. huhuhu alhamdulillah selamat. bukan apa, takut seyyhh time nak kena cucuk tu uhu.ok lupa nak cakap hepatitis nie adalah untuk your liver protecton ye.
source : google
dulu time study kat ukm, ukm pon ada buat promotion la untuk dapatkan dose tu, dapat diskaun which is if im not mistaken, 1 dose = RM 60. so 3 dose = RM 180. hakhak my classmate majority pegi amik la, tapi disebabkan selalu kehausan duet, i tak amik la hehehe. syukur jugak finally sekarang dapat free hekhek. nak yang free jugakkk kann.. hakhak.
actually course2 kesihatan or senang kata healthcare workers la memang digalakkan amik injection nie coz weolls (weolls kah? hehehe) adelah golongan berisiko tinggi dgn kata lain high risk la kan (erk apekah ayat aku?? hakhak.) ok ignore. thats why our lecturer dulu suggest weoll g amik injection nie for prevention la. mana la tau kan jadi apa2, eksiden ke ngan patient.. but not only that, sometimes dengan orang yang rapat ngan kita pon boleh menjangkitkan penyakitnya huhu. contohnya bagi pasangan suami isteri yang melakukan seks tanpa protection. maksud protection tu paham ke? hakhak. maksudnya yang buat seks tak pakai kondom la. aiyoo.. ataupun penyakit tu boleh transfer dari mommy to the baby during delivery.
tapi kat malaysia nie, manusia hehe manusia ye yang lahir lepas tahun 1990 sahaja yang da already dapat injection nie, if im not mistaken masa baby dapat immunisation tetiap bulan tu kan dia da diinjek sekali ngan vaksin hepatisis nie. so orang yang lahir sebelum 1990 sila ke hospital berdekatan untuk dapatkan vaksin tersebut ye. alaa duit apelah sangat kalau nak dibandingkan dengan kesihatan sepanjang hayat korang. nak ke kena kanser hati??
source : google
korang jangan imagine sakit tu macham sakit gastrik pulak hakhak. sakit sikit je time dia nak masuk jarum. rasa sakit coz ubat yang dia masukkan banyak sikit, xmacham injection biasa. tapi malam nanti i bet, mesti sengal je tangan or demam. get ready ;)
Friday, January 15, 2010
Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com
yayy3 nak join contest nie. menang kalah bukan ukuran ehehehe. kebosanan nie.. tekan2 la innit tuuu...
contest nie kalau menang dapat RM50 n referer nye akan dapat RM30.. ok la tu kan sape nak bagi betul tak..
tak tau la menang ke tak. nie macam ala2 lucky draw laa.. sape nasib baik menang la dia.. haha
tak tau la sempat ke tak sticky mode 48hours haha.. hopefully sempat r.. keh3..
tarikh tutup 13/01/2009 ye ;))
selamat hari lahir bopren ter-chenta! ;)
selamat hari lahir abah..
semoga panjang umur
sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
semoga dapat cepat-cepat pegi haji insyaallah
semoga kami selalu menggembirakan abah
LOVE U MY BOPREN SELURUH JIWA RAGA ;))))
selalu menyayangimu
hopefully abah bace blog nie. heh,, jgn harap!
Wednesday, January 13, 2010
MEE BANDUNG MUAR
kalau nak try yg nie pon boleh.. tapi lebih kurang kot rasenye ;)) so kelik SINI
so korang kalau nak suh i belikan perencah mee bandung segera pon boleh.. kt sini yang femes MEE BANDUNG MAHARANI harga dia rm9. kalau nak beli banyak2 i boleh kasi kurang ehehe.. so nanti tinggal tambah bahan2 lain.. cara buat ade tulis kat label paket tu.. die ade jugak jual perencah lain seperti soto n mee rebus.. tapi ofkos lah rasanya tak sehebat yang korang buat sendiri.. da namanya pon segera.. macam korang makan megi kari.. ada sebijik ke rasa kari haha.. tapi boleh la kalo yang jenis sume nak segera tu kan takde masalah.. nanti i poskan lah ;))
so kalau nak, boleh ym ok nms_aqua86 ;))
ok selamat mencuba!!! ;))
Tuesday, January 12, 2010
manakah rezeki tak kunjung tiba.............. isk3
apa pendapat korang ek bila kita keja yg takde kaitan dengan qualification kita... langsung takde. or ada tapi sikit-sikit sipi-sipi je.
contohnya kan haritu kan i apply GSTT pendidikkan khas.. tau tak apa GSTT?? google senirikk.. ;)) then misal kata la dapat misal kata laaa tapi rasanya tak dapat kot huhu coz soalan interviewer tu semua sangat membunuh, haa tu pun kan takde kaitan.. or i da blajo fenat2 nih 4 taun nih tetibe decide nak keja senirikk bisnes ke apa ke.. logik ke?? lagi la lari jauh kan.. i tak kisah keja apa pun, tapi paling takleh terima keja banking ke, marketing ke hmm tp nak bisnessing camne nie?? aiiyoyooo~
or
lepas da fenat lelah 4 taun sampai da tua jadi nenek nie nak dapatkan degree, tetibe kan i apply keja di mana lebih rendah drp my qalification.. maksudnya amik position yg diploma nye laa.. logik ke ehh??
hhmmm 4 me, i tak kisah pun benda nie suma.. lebih rendah ke, tak sama ke ngn cos yang i amik dulu takpe laa.. 4 me, degree skang nie buat syarat je.. n ilmu yang kita da blaja lama mana pun, semua itu adalah ilmu.. n ilmu takkan abis dituntut sehingga ke liang lahad.. kiranya kalau kita dapat keja lain dari qualification kita, ilmu yang telah dituntut tu kira bonus la kan.. dapat ilmu lebih.. betul tak? betul tak? betul tak?
tak kira keja apa pun, janji duit masyuuukkkk betul kan? sila la support saya ;))
sebenarnya dari dulu kini dan selamanya kepala hotak nie dok berangan bisness jek. tapi cam takde talent nak berbisnes. hmm kalo jadi cikgu banyak masa ngan family kan3...
whatever.....
Whatever u give a woman, she will make it greater. Give her sperm, she will give u a baby. Give her a house, she will give u a home. Give her groceries, she will give u a meal. Give her a smile n she will give u her heart. She multiplies and enlarges what she is given. So if u give her crap, be ready to receive a ton of shit...